Seorang bekas pegawai kanan pemerolehan Digi Telecommunication Sdn.
Bhd. dihukum penjara empat tahun dan denda RM2.07 juta oleh Mahkamah
Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 14 tuduhan
memperoleh rasuah RM415,000 berhubung tender pembekalan kabel dan
peralatan telekomunikasi, tiga tahun lalu.
Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap S. Stanley, 40,
selepas berpuashati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang
keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan itu.
Beliau bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman penjara terhadap
tertuduh ditangguhkan sehingga rayuannya selesai didengar dan diputuskan