Whitney Houston dilaporkan telah meninggal dunia pada umur 48 tahun.
Penyanyi yang popular dengan lagu “The Greatest Love Of All” ini ditemui
mati di biliknya di dalam sebuah hotel. Punca kematian masih disiasat.
.
Selain daripada menjual jutaan album nyanyian, Whitney Houston juga
sangat popular dengan filem The Bodyguard. Malah pengaruh Whitney
Houston juga begitu kuat kepada penyanyi seperti Mariah Carey dan
Christina Aquilera.
Namun begitu, hidup Whitney Houston dipengaruhi dengan kokain, marijuana
dan juga pil-pil. Akibatnya, kadang-kala Whitney Houston gagal mencapai
suara tinggi seperti di dalam album nyanyiannya ketika membuat
persembahan.