KUALA LUMPUR: “Saya
tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan yang saya terima cukup
lumayan,” kata penari gelek berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah
restoran Arab di ibu kota.
Pekerjaan sebagai penari
gelek yang sebelum ini asing bagi masyarakat Melayu dan hanya boleh
ditonton di kaca televisyen dan di negara Asia Barat, kini menjadi punca
pendapatan lumayan bagi segelintir penduduk di Malaysia.
Difahamkan kemunculan
penari gelek Melayu berikutan peningkatan pelancong dari Timur Tengah
yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk melancong atau urusan
perniagaan.
Putri (bukan nama sebenar) berkata, dia seronok
melakukan pekerjaan sebagai penari gelek untuk menghiburkan pengunjung
yang majoriti terdiri daripada masyarakat Timur Tengah.
Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya.
