Selalunya, apabila kita menonton rancangan masakan, pastinya tukang
masak atau Chef dalam rancangan itu akan berpakaian elok dan tertutup
rapi.
Berpenampilan kemas sememangnya penting dalam bidang masakan.
Tetapi berbeza bagi seorang Chef yang berasal dari Indonesia.
Chef Farah Quinn adalah seorang Chef yang terlalu seksi sewaktu memasak.
Pada 5 Februari 2012, Chef Farah telah tampil dalam sebuah rancangan
memasak iaitu ‘Ala Chef’ di mana siarannya selama 30 minit ditayangkan.
Selama ia bersiaran, penampilan Chef Farah telah mengganggu konsentrasi para penonton sewaktu menonton rancangan itu.
Kenapa? Sebabnya adalah kerana pakaian Chef Farah menampakkan lurah buah dada dan sebahagian asetnya itu!
Kerana tidak mahu menerima reaksi negatif dari para penonton, Komisi
Penyiaran Indonesia (KPI), sebuah badan bertanggunjawab terhadap
penyiaran di Indonesia telah mengeluarkan surat teguran kepada Chef
Farah dan stesen pengeluar rancangan itu, Trans TV.
Surat teguran itu telah dikeluarkan pada 14 Februari, 11 hari selepas
rancangan itu disiarkan dan memberi amaran agar sesi ulangan rancangan
itu tidak ditayangkan semula.
Menyelusuri kisah hidup Chef seksi itu, Chef Farah dilahirkan di
Bandung dan bekerja sebagai model, selebriti dan juga Chef masakan.
Chef yang diberi julukan ‘Chef Seksi’ itu mempunyai pendidikan dalam
bidang kulinari dari Institut Kulinari Pittsburgh dan menjadi popular di
Amerika Syarikat melalui masakan berunsurkan ‘Fusion Cuisine’.
Walaupun sudah mempunyai pendidikan dalam bidang kulinari, Chef Farah
juga mempunyai pendidikan dalam bidang kewangan dari Indiana University
of Pennsylvania selepas didesak oleh bapanya untuk mendalami bidang
pengurusan kewangan.
Tapi, apa-apa pun, berpakaian seksi tidak menjaminkan masakan yang kita tampilkan berjaya menarik minat penonton. Tak gitu?


