September 15, 2011

Etika ketika Temuduga dan Selepas temuduga

Waaa...jen nak kongsikan kepada anda ...Tips Tips pergi Interview..ayaaaaaa..masih mencari dan mencari..harap diperrmudahkan semua..

Sebelum pergi temuduga

1 – Pastikan anda membawa dokumen – dokumen penting seperti sijil – sijil asal (contoh : Sijil SPM), salinan – salinan yang dikehendaki

2 – Pakaian yang hendak dipakai ke tempat temuduga tu pastikan bersesuaian. Ada sesetengah tempat (selalunya temuduga kerajaan gariskan kod pemakaian) tetapkan pakaian yang perlu dipakai. Kalau tak ada tu, ikutlah citarasa sendiri janji tak keterlaluan. Formal ok.

3 – Datang awal ke tempat temuduga. Biarlah tunggu lama setengah jam awal, janji kita tak lewat. Kalau kita sampai awal, bolehlah nak bersiap apa yang patut dan periksa apa yang kurang. Siapkan diri.

Semasa temuduga

1 – Semasa nama anda dipanggil oleh si penemuduga, pastikan jangan menggelabah dan jaga gaya anda berjalan. Pastikan anda ketuk pintu sebelum masuk ke dalam bilik temuduga.

2 – Sebaik – baiknya salam orang yang akan menemuduga anda. Jangan kedekut untuk memberikan senyuman.

3 – Duduk tegak dan sandar pada kerusi. Jangan goyang – goyangkan badan ataupun hentak kaki semasa sedang duduk. Tumpukan perhatian kepada si penemuduga.

4 – Jangan menggelabah. Walaupun diri anda gementar, jaga suara dan gaya anda supaya ia tidak kelihatan sangat. Kalau gemuruh sangat, pegang pen supaya dapat menenangkan diri anda. (Ada sesetengah website / buku tidak mengesyorkan anda memegang pen kerana ia akan menyebabkan anda akan menggerakkan pen langsung membuat satu perbuatan yang tak selesa dihadapan si penemuduga)

5 – Jawap soalan yang diberikan dengan cermat. Jangan sesekali menipu jika anda tak tahu. Pastikan diri sedia untuk menerima apa jua jenis soalan yang diajukan seperti “Why should we hire you?”, “Tell me about yourself.” dan banyak lagi. Jangan terperangkap dengan soalan yang diberi. Cool!

6 – Jangan sesekali tanya berapa gaji yang ditawarkan, jika mereka tanya hal berkaitan gaji, barulah anda nyatakan jumlah gaji yang anda inginkan. Ok? Kalau gaji yang diminta terlalu tinggi, pasti ada jumlah terendah dan jumlah tertinggi gaji yang diminta.

7 – Tanya apa yang anda ingin tanya ketika temuduga sedang berlangsung. Jangan malu dan jangan segan.


Selepas habis temuduga

1- Pastikan anda salam si penemuduga sebelum beredar

2 – Keluar dengan cermat dari bilik temuduga
Oklah, itu saja tips yang dapat aku berikan dari pembacaan dan sikit dari pengalaman aku. Ada lagi sebenarnya tips interview yang anda boleh baca iaitu Top 10 Interview Tips, Job Interview Tips dan banyak lagi anda boleh cari dengan menggunakan google :D

Selamat maju jaya. Ingat, sejauh mana kita berusaha rezeki kita semua ditentukan Tuhan. Janji kita kena rajin berusha mencari yang terbaik untuk diri sendiri!