KUALA LUMPUR, (D5) - Bos Team Lotus, Tan Sri Tony Fernandes berasa puas dengan persetujuan pasukan itu melanjutkan perjanjian untuk menggunakan enjin Renault setahun dan menganggapnya sebagai unsur pembangunan pada masa akan datang.
Kedua belah pihak mencapai persetujuan itu di GP Singapura sehingga era V8 berakhir pada 2013.
Perjanjian itu turut melibatkan untuk mengakses sistem KERS menerusi Renault Sport dan Teknologi Red Bull.
Sistem KERS turut berada dalam pakej musim depan selepas Team Lotus gagal memperkenalkannya bagi musim 2011.
Menurut Fernandes, keputusan kerjasama dengan Renault itu cukup penting dalam persediaan mereka untuk mewujudkan kestabilan pasukan itu.
Beliau turut berhajat untuk meneruskan perjanjian mereka apabila enjin turbo baru bermula pada 2014.