September 06, 2011

Perhhhh!!! 3KG CACING GELANG DALAM PERUT BUDAK KECIL

Heboh diperkatakan di Indonesia suatu ketika, dimana seorang budak kecil yang berumur 10tahun mengadu kepada bapanya yang dia sudah 4hari tidak membuang air besar. Bapanya lalu merasa aneh kerana semakin hari perut anaknya itu kelihatan mengembung dan membesar.. Lalu dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Setelah diperiksa,doktor mengesyaki yang perut budak itu tempat bersarangnya cacing gelang dimana kuantitinya sangat banyak.
saat proses pengeluaran cacing

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?
Sesiapa yang memegang tanah yang mempunyai telur Ascaris dan tidak mencuci tangan sebelum makan, akan terkena penyakit ini. Hanya dalam 21 hari, telur Ascaris akan matang.
Telur akan masuk ke salam saluran pencernaan dan akan menjadi larva pada usus manusia. Seterusnya menembus masuk ke pembulu darah. Kemudiannya akan beredar mengikut sistem peredaran seperti hati, jantung dan paru-paru. Pembiakan cacing ini akan terus berkembang di dalam usus manusia. Oleh itu jaga anak anda ketika bermain di pasir.
cacing dikeluarkan dari usus mangsa
tidak terkira banyaknya
cacing yang telah dikeluarkan dari usus
sehingga mencecah 3kg

Utamakan kebersihan ya.. Tertamanya dari segi makanan dan tempat bermain anak anak kita…