Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataannya malam tadi berkata, sebelum pindaan itu dibawa ke Parlimen, semua cadangan pindaan itu telah melalui proses konsultasi bersama 14 wakil-wakil pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja sebanyak 18 kali sejak 2010.
"Selain itu, draf cadangan pindaan turut telah dipanjangkan untuk pandangan dan maklum balas daripada wakil majikan dan pekerja.
"Justeru, pindaan ini tidak dibuat secara tergesa-gesa kerana telah melalui proses konsultasi yang komprehensif bersama pihak-pihak yang berkepentingan,” kata Kementerian Sumber Manusia.
Justeru itu, kementerian amat berharap cadangan pindaan tersebut akan mendapat sokongan daripada semua pihak demi memelihara kebajikan pekerja dan menjamin keharmonian perhubungan perusahaan di negara ini. — Bernama