October 01, 2011

5 Wanita Terkaya Di Dunia


CHRISTY WALTON 5 Wanita Terkaya Di Dunia

Christy Walton Pewaris kepada keluarga Walton. Bekas isteri kepada  T. Walton iaitu anak bongsu kepada perintis peruncit Sam Walton. Setelah kematian suaminya, dia telah mewarisi sejumlah besar kekayaan suaminya iaitu sebanyak $15.4 bilion. Pada Mac 2010 dia telah disenaraikan antara 12 orang terkaya di dunia dalam Forbes’s World’s Billionaire. Kekayaan bersih miliknya dianggarkan sebanyak US $ 24bilion. Keluarga Walton memiliki saham ke atas 39% syarikat-syarikatnya dan 40% dari Wal-Mart. Dianggaran jumlah kekayaan sebenar mereka adalah sekitar $89,5% bilion.

ALICE WALTON

ALICE WALTON 5 Wanita Terkaya Di Dunia
Merupakan anak perempuan kepada Wal-Mart founder dan perintis peruncit Sam Walton dan Helen Walton. Juga merupakan adik kepada JohnWalton, iaitu suami kepada wanita no 1 terkaya di dunia. Wanita yang berumur 51 tahun ni memiliki harta bersih bernilai $ 20,6 bilion pada Mac 2010 dan telah menjadikan dia sebagai wanita yang ke dua terkaya di dunia. Wal-Mart kini menjadi peruncit terbesar di dunia dan menguasai 79.000 kedaiserta mempunyai jualan bernilai $ 400 bilion.
Dia memulakan kerjayanya di bidang kewangan sebagai penganalisis ekuiti dan pengurus kewangan di First Commerce Corporation.

LILIAN BETTERCOURT


LILIAN BETTERCOURT 5 Wanita Terkaya Di Dunia

Dilahirkan di Paris pada 1922. Seorang yang sosial, tetapi merupakan tycoon dan pemegang saham utama di dunia bagi bagi produk-produk terkenal dan terkemuka iaitu L’Oreal. Jumlah Kekayaannya bernilai $ 20 bilion. Dia adalah wanita terkaya di Eropah dan juga wanita kedua terkaya di Perancis. Dia juga menjadi pengasas kepada Yayasan Schueller Bettencourt yang menyokong dan mengembangkan projek-projek kesihatan,budaya dan kemanusiaan.

SUSANNE KILATTEN


SUSANNE KILATTEN 5 Wanita Terkaya Di Dunia
Susanne dilahirkan di Jerman pada 28 April 1962. Beliau mewarisi saham syarikat kereta BMW dari ayahnya mendiang Herbert Quandt.Wanita berusia 48 tahun memiliki nilai hartanya dianggarkan sebanyak $ 12.5 bilion. Beliau adalah wanita ke empat terkaya di dunia. Yang paling hebat mengenai Susanne ni adalah beliau merupakan pakar ekonomi yang memiliki MBA iaitu degree dalam bidang perniagaan kewangan. Pada permulaan hidupnya Susanne Klatten telah bekerja dalam agensi pengiklanan “Young dan Rubicam” di Frankfort 1981-1983. Setalah itu dia menyambung pengajiannya dalam bidang Marketing dan Management di University of Buckingham. Setalah itu dia telah bekerja dengan DresdnerBank, di Munich Branch sebagai pengurusan perunding McKinsey kemudian bertukar ke bank Reuschel dan Co.
Semasa menjadai CEO kepada syarikat Atlanta, dia telah berjaya melonjakkan saham syarikat tersebut daripada 50% kepada 88%.

BRIGIT RAUSING


BRIGIT RAUSING 5 Wanita Terkaya Di Dunia

Brigit adalah bekas isteri kepada mendiang Gad Rausing yang telah meninggal pada tahun 2000. Dilahirkan pada tahun 1924, merupakan seorang sejarawan seni di Sweden. Bridget mewarisi hartanya menerusi pemilikan kapal sebanyak US $ 11 bilion (jualan pada 2004 ) bersama dengan tiga orang anaknya. Perniagaan miliknya adalah melalui industri pembungkusan di Switzerland dan meraih keuntungan dari syarikat Tetra Laval yang telah diasaskan oleh bapa mentuanya pada tahun 1944. Tetra Laval adalah sebuah syarikat yang merevolusikan produk melalui pembungkusan misalnyacecair jus dan susu. Dia adalah orang ketiga terkaya di Sweden menurut majalah Forbes. Kekayaan bersih milik beliau dianggarkan bernilai US $ 11billion.