October 18, 2011

Cintai Diri Sendiri Sebelum Mencintai Orang Lain


Jangan terlalu ghairah untuk membina istana cinta, kerana bukan semua cinta akan ke jinjang pelamin dan bukan pula semua yang berjaya ke jinjang pelamin akan berjaya menjenguk kebahagiaan dalam hidup ini. Jadi bina keterampilan diri dulu, berdikari dulu, cinta diri sendiri dulu, cinta keluarga dulu, balas jasa orang tua kita dulu dan belajar bercinta dengan Tuhan dahulu, kerana Dia yang akan memetakan hidup kita daripada lahir hingga mati. Oleh itu bina hati untuk merindui Allah dahulu sebelum merindui manusia, dengan cara sedemikian kita akan terselamat daripada menjadi mangsa jerat cinta nafsu dan cinta yang bersalut noda dan dosa. Yakin diri dan mampu memilih yang mana intan dan yang mana kaca.