Gambar seksi guru seni sekolah swasta yang paling berpengaruh di England, Harrow School, tersebar di internet serta di telefon murid-muridnya. Gambar tersebut menunjukkan dirinya yang berpose provokatif dengan seluar jeans ketat.
Gambar Joanne Salley, 32, yang tidak berpakaian itu beredar di ruang kelas, asrama malah koridor sekolah yang telah menarik kos 30 ribu poundsterling setahun itu. Sebagai bekas model dan penyampai televisyen, pose tubuhnya itu mengundang perbincangan.
Dengan rambut perang gelap keparas punggungnya yang kecoklatan, dia memaparkan wajah sedikit menggoda dan memandang lurus ke kamera. Gambar ini diambil oleh rakan guru di sekolah yang juga jurugambar profesional Fiona Corthine, menurut laporan Daily Mail. Gambar itu dipercayai diambil dari laman sekolah dan ruang seni.Foto itu dipercayai ditemui oleh murid yang menggunakan ruang kelas fotografi di sekolah. Nampaknya, Corthine tidak menyimpan gambar tersebut betul-betul. Sebagai bekas Miss Ireland Utara yang pernah bercinta dengan bintang rugby England, Matt Dawmon, gambar seksi Salley terus tersebar dunia maya.
Majoriti dari 825 siswa laki-laki, guru malah kakitangan dapur turut mempunyai gambar Salley. Murid yang melaporkan gambar itu kepada media sempat mensensor gambar tersebut. Menurut salah seorang pelajar menyatakan bahawa Salley dikhabarkan tidak akan mengajar lagi.
“Dia sudah menjadi subjek bagi beratus-ratus pelajar lalaki di sekolah tersebut kerana, gambar ini terus tersebar di sekolah seperti api menyambar,” kata murid yang tidak disebutkan namanya itu.
Pengetua sekolah Harrow, Barnaby Leon mengaku sedang menyiasat kes itu. “Joanne Salley merupakan guru seni yang berjaya dan berdedikasi tinggi. Gambar itu dicuri tanpa kebenaran jurugambar. Kandungan gambar itu kini sedang disiasat.”
![]()