Ramai orang yang berat mulut memuji pasangan sedangkan kata-kata inilah yang ditunggu oleh si dia. Asal lah nak berat mulut kan kan kan..Malu ker atau ego?? At least jika diberi pujian semangat dia lain..happy tak terkira org yg disayangi memuji ...Pujian terhadap pasangan boleh membawa impak yang sangat besar namun tak ramai orang yang mengetahuinya. Buat yang sedang bercinta, ini manfaatnya sekiranya anda memuji pasangan anda. Baik lelaki atau perempuan, tua atau muda, semuanya sukakan pujian. Pujian atas sebab semulajadi seperti comey, cantik, hensem, 'gedang', atau pujian atas sebab sesuatu yang dilakukan oleh diri sendiri seperti, bijak, pandai, tangkas, baik hati dan sepertinya memberikan satu
"kuasa" dalaman yang kuat tenaganya.
1. Pasangan akan berasa lebih istimewa dan berbeza dari insan lain.
2. Keyakinan diri pasangan akan bertambah sekaligus memperbaiki karier pasangan.
3. Pasangan semakin yakin dengan anda sebagai kekasihnya.
4. Pasangan lebih mudah ditegur dan hasilnya konflik perhubungan akan berkurangan.
5. Pujian terhadap penampilan pastinya akan membuat pasangan anda sentiasa tampil menawan.
6. Pujian akan membuat pasangan berasa dirinya dihargai dan membantu menyemarakkan cinta.
7. Pujian pasti akan membuat mood pasangan lebih baik dan ceria.
Anda juga beruntung...Puji lah Kekasih Anda bagi mengeratkan kasih sayang ..cinta ohhh cinta..terlalu indah untuk diungkapkan..
