Love is something hard to define.Hai kawan-kawan. Buat ape tu? Sihat? Dah makan? Dah mandi? Hehehe. Tetibe rajin pulak nak tanye kann. Kihkih. Baiklah. Harini saye bosan-bosan, nak share sikit pasal love and relationship yang saye belajar dari kelas psychology. Sebenarnya love ni terbahagi kepada beberape teori ataupun jenis percintaan. Nak tahu? Ok mari teruskan membaca!

Pertama: Eros (Passionate Love)
Eros ni merupakan jenis percintaan yang mementingkan paras rupa fizikal sahaja. Kire macam cinta pandang pertama laa yang kite boleh rase suke tertarik terpikat dengan memandang fizikal orang tu je. Cinta macam ni selalunye cepat sangat berlaku. Sepantas kilat je dah boleh tersuka kat someone. Kalau kite suke someone based on fizikal dan pandang pertama tu namanya adalah EROS ye adik-adik.

Kedua: Storge (Companionate Love/Friendship)
Percintaan ni jenis yang lambat sikit berkembang. Sebab die berkembang daripada friendship ataupun kawan kepada percintaan, iaitu kekasih hati. Percintaan jenis storge ni dia amat mementingkan persamaan antara kedua-dua pihak. Kira macam, persamaan dalam interest ke, atau minat atau anything. Sesiapa yang bercinta dengan bestfriend sendiri adalah tergolong dalam kategori ini.

Ketiga: Ludus (Game-Playing Love)
Tengok maksud ludus tu pun dah boleh tahu dah apa maknanya kan? Ludus ni jenis orang yang suka main-main dalam percintaan. Bagi dia, cinta itu adalah mainan, nothing serious. Selalu orang yang ludus ni memang tak amik serius dalam bercinta, suka main-main dan suka pasang ramai-ramai orang. Diorang ni jenis yang pentingkan diri sendiri je, selalu kisah pasal diri sendiri, dan sebenarnya, tak layak untuk bercinta.

Keempat: Mania (Possessive Love)
Mania atau dalam erti kata lain: Maniac. Jenis yang obses dan menakutkan punya tahap cinta dia kat seseorang tu. Sangat emotional dan selalu cinta yang melebih-lebih. Terlalu obses akan pasangannye. Kalau boleh setiap masa dan ketika tak boleh berenggang dengan pasangan sebab selalu akan suspect something kalau berenggang. Juga dikenal sebagai 'Romantic Love' yang ramai orang nak tu. Nak ke macam ni? Nak memang nak, tapi seram gak kekadang kan. Ngeh ngeh.

Kelima: Pragma (Logical Love)
Love Pragma ni jenis yang realisitik sikit. Dalam erti kata lain, berpijak pada bumi yang nyata la. Sebab dia akan cari seseorang yang sesuai dengan diri dia. Sesuai di sini adalah: Yang sama taraf dengan diri dia. Sebagai contoh, mereka yang pragmatic ni akan menyayangi atau mencintai orang yang sama latar belakang je. Sebab apa? Sebab dia sedar akan kemampuan diri sendiri dan kelayakkan diri sendiri untuk bercinta.

Keenam: Agape (Selfless Love)
Cinta yang sangat rare, dan jarang ditemui. Sebab apa? Sebab Agape ni jenis yang cinta sorang-sorang. Selalu mereka akan lebih memikirkan tentang orang yang dia sayang tu daripada diri sendiri. It is more spiritual than physical. Means, cinta macam ni cinta yang lebih kepada hati atau semangat daripada rupa paras. Jenis yang sanggup berkorban untuk orang yang disayangi daripada melihat orang yang disayangi tu terkorban. (EH?) Haha.
Ok dah tamat teori-teroi jenis cinta yang dirujuk daripada buku rujukan saye ni. Malas nak Google. Kalau nak tahu lebih lanjut, Sila google sendiri ye. Hehe. Saye pasti ramai yang sedang bercinta atau berkait dengan cinta-cinta ni kan. So, which one is your love type? Eros? Storge? Ludus? Mania? Pragma? Agape? Which one? :)
Love jenis apakah ini?Research indicates that men tend to endorse both passionate love & game-playing love more than women. No wonder la lelaki tak matang memang ramai yang involve nak jadi playboy sekarang ni, dan ramai lelaki yang akan jatuh cinta pandang pertama je kat someone tu. Tengok muka cantik dahi licin je boleh terjatuh hati. Cinta-cinta macam ni selalu tak kekal lama pun.
Women pulak more favor companionate love, logical love and possessive love. Storge, Pragma and Mania. Sebab ape? Sebab well, perempuan kan setia orang nya. Dah setia, emosional pulak tu. Dah emosional, semestinya tak suka kalau ada lelaki yang main-main kan perasaan mereka ni kan. Sebab tu ramai perempuan lebih prefer percintaan yang bermula daripada kawan.
Sebab kalau start daripada kawan, akan lebih sweet bila bercinta sebab masing-masing dah tahu perangai masing-masing kan, dan lebih ikhlas. Why perempuan prefer Mania and Pragma tu? Sebab kalau mereka bercinta dengan Mania, peratusan lelaki tersebut untuk setia kat dia adalah tinggi. Sebab Mania ni sangat highly emotional dan obsessive. Well, perempuan memang suka kalau lelaki obses dengan diorang ni. Nak-nak laki yang diorang sayang. Baru nampak macam caring sikit.
Companionate Love.Kalau Pragma ni pulak tak sure kenapa perempuan prefer Pragma ni. Maybe sebab supaya lelaki tu tak rasa down atau rendah diri kot dengan perempuan. Ye lah, kalau perempuan tu kaya gaji banyak, laki pulak biasa-biasa je mesti laki tu akan sentiase rase macam tak guna je selalu kan. Rase macam rendah diri, tercabar semua. So, nak menyenangkan keadaan, maybe sebab tu perempuan suka cari lelaki yang sama taraf dengan diorang.
Kalau saye sendiri, sebagai perempuan saye prefer yang Storge tu. Yang percintaan bermula daripada kawan. Kawan dulu lah baru best. Tapi lelaki selalu tak suke. Sebab lelaki, kalau single dan rapat dengan perempuan ni niat die satu je : Die suke kat perempuan tu dan nak bercinta dengan perempuan tu.
So, kalau nak kawan-kawan je memang lelaki malas dan jarang akan merapatkan diri sebenarnye. Diorang mungkin akan lupakan anda dan cari yang lain. Sebab bagi lelaki : 'Kita kawan je dulu' tu sama je dengan 'Saya sebenarnya tak sukakan awak', cuma ayat lebih menjaga hati. Tapi, sebenarnye bukan begitu. Kalau lelaki sabar sikit je, kompem boleh dapat. Kalau tak dapat jugak tu, takde rezeki la maknenye. Keh keh.
![]()