October 18, 2011

Juara Indy500 maut nahas di litar


Keadaan kemalangan yang berlaku ketika perlumbaan di Las Vegas Motor Speedway, Nevada kelmarin yang menyebabkan salah seorang pelumba, Dan Wheldon (gambar kecil) terkorban. - Reuters



LAS VEGAS, Nevada – Juara perlumbaan Indy 500 dari Britain, Dan Wheldon terbunuh dalam kemalangan ngeri ketika beraksi pada siri akhir perlumbaan Las Vegas 300 IndyCar kelmarin.
Wheldon, 33, juara perlumbaan terkemuka Indianapolis 500 pada Mei lalu, meninggal dunia akibat kecederaan parah setelah terlibat dalam kemalangan yang membabitkan 15 buat kenderaan.

Dalam kemalangan tersebut, beberapa buat kereta melayang dan terbakar.
“IndyCar dengan dukacita mengumumkan Dan Wheldon meninggal dunia akibat cedera parah,” kata ketua eksekutif IndyCar, Randy Bernard.
Kemalangan berlaku pada selekoh kedua di litar Las Vegas Motor Speedway sepanjang 2.4 kilometer pada pusingan ke-12.
Pasukan perubatan cuba memberikan rawatan awal kepada Wheldon sebelum pelumba itu diterbangkan menggunakan helikopter ke hospital.
Pengumuman rasmi mengenai kematiannya dibuat dua jam selepas perlumbaan dihentikan.

Wheldon memulakan perlumbaan dari petak belakang dalam usaha memburu hadiah AS$5 juta yang ditawarkan oleh IndyCar kepada pelumba bukan dari siri perlumbaan tersebut yang mampu memenangi perlumbaan. - Agensi