October 03, 2011

Malang Bagi Arsenal

PEMAIN Tottenham Hotspurs, Emmanuel Adebayor (kanan) cuba merembat ke arah gol Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris di White Hart Lane, London, awal pagi ini.
LONDON: Tottenham Hotspur meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Arsenal 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di White Hart Lane, sebentar tadi.

Spurs mendahului pada minit ke-39 menerusi pemain antarabangsa Belanda, Rafael Van Der Vaart sebelum Arsenal membalas menerusi jaringan Alan Ramsey minit ke-50.
Permainan seperti terikat namun rembatan oada jarak 20 meter Carl Walker pada minit ke-72 memberikan gol kemenangan Tottenham.