November 24, 2011

Penyokong hilang: Hanya salah faham

KUALA LUMPUR: Facebook dan Twitter, semalam, gempar dengan berita kehilangan seorang penyokong skuad negara ketika menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea Ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.


Berita Ahmad Firdaus Arham, 26, hilang tersebar di Facebook dan Twitter selepas Kedutaan Malaysia di Jakarta menerima beg pakaian dan dompetnya yang ditemui dalam stadium ketika perlawanan akhir Isnin lalu.

Namun, berita terbabit hanya salah faham dan Ahmad Firdaus sebenarnya selamat di tanah air selepas pulang dari negara berkenaan, pagi semalam.

“Saya tidak hilang...saya selamat, semua ini salah faham, sebenarnya saya dirompak ketika berada dalam tandas di kompleks Mangga 2 di Jakarta menyebabkan dompet saya hilang.


“Saya juga tidak pergi menyaksikan perlawanan Malaysia dan Indonesia itu sebaliknya ke Jakarta atas urusan kerja,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.