December 14, 2011

Blogger PR Baru Sedar PR Tak Peduli Nasib Melayu?

Sebuah blog pro-Pakatan Rakyat meroyan sakan kerana ‘gagal’ mempertahankan Kg. Baru akibat terlalu ramai Ahli Parlimen mereka yang tidak hadir ke Parlimen iaitu hampir semua pemimpin atasan termasuk Haji Hadi, Nizar Zakaria, Dr Dzulkefly Ahmad, Nasharudin Mat Isa, Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, Saifudin nasution, Khalid Ibrahim, Fuziah Salleh , Karpal Singh, Gobind Singh, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng

Kata blogger tersebut lagi, “yang paling memualkan, ialah hanya 5 MP Melayu PKR dari 16 MP melayu PKR yang hadir mengundi dalam menentukan satu perkara yang sangat penting bagi orang Melayu ini”.
Beliau juga menempelak Nurul Izzah kerana “sibuk ke Indonesia berkali-kali, ke London, ke Oslo lah, ke mana-mana satu dunia atas tiket Parlimen Lembah Pantai, tapi ke Parlimen yang hanya beberapa minit pun tak boleh”.

Blogger ini pastinya baru bangun tidur dan mamai seperti juga pemimpinnya yang bingung dengan pendirian parti sendiri.  Mungkin juga blogger ini terlepas membaca Harakah atau Suara Keadilan ketika akhbar-akhbar itu menyiarkan kenyataan menolak perjuangan berasaskan kaum.  Mungkin dia terlepas ceramah pemimpin-pemimpinnya yang memperlekeh malah malu mengaku Melayu.

Oleh itu pemimpin-pemimpin PR perlu membuat pengumuman yang lebih tegas mengenai pendirian mereka dalam soal membela nasib Melayu kerana nampaknya masih ramai penyokong dan penulis mereka yang tidak tahu pendirian parti bahawa membela Melayu itu adalah rasis.

Kita juga hairan kenapa blogger PR mula mempersoalkan perjalanan luar negara pemimpin mereka yang terlalu kerap.  Bukan mereka tidak tahu bahawa semua perjalanan itu penting bagi melobi sokongan luar untuk menekan kerajaan Malaysia mengiktiraf hak asasi LGBT supaya Anwar dapat melepaskan diri dari tuduhan liwat.
Apakah ini petanda bahawa blogger PR tidak lagi mengambil berat akan nasib Anwar?  Bukankah selama ini mereka juga yang mengambil pendirian bahawa nasib Anwar lebih penting dari nasib Melayu?   Kenapa ketika Anwar berada di ambang penjara, mereka pun mula memalingkan muka?

Pesanan untuk blog-blog pro-PR ialah supaya mereka lebih berhati-hati dalam memperkatakan tentang Melayu, bimbang nanti disergah oleh DAP.  Blogger pro-PR wajar memahami aspirasi pemimpin-pemimpin mereka iaitu memperjuangkan prinsip Malaysian-Malaysia dan tidak lagi bercakap mengenai Melayu dan yang sewaktu dengannya.

Adalah tidak perlu bagi mereka untuk berusaha memperlihatkan sikap sebaliknya kepada rakyat melalui tulisan-tulisan yang konon prihatin terhadap Melayu kerana ia sudah terlambat.

Rakyat sudah melihat dengan jelas siapa PR dan siapa BN iaitu PR adalah pakatan yang didominasi oleh chauvinis dan rasis Cina sementara BN adalah parti yang didominasi oleh Melayu yang terbuka dan adil kepada semua bangsa