December 09, 2011

The Blues VS Man City

JUAN Mata
JUAN Mata
JUAN Mata enggan memikirkan sesuatu selain daripada kemenangan pada perlawanan genting Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester City awal pagi Selasa ini selepas membantu kelab London itu meneruskan saingan dalam Liga Juara-Juara Uefa.
Pertembungan mesti menang berterusan dalam kalendar Andre Villas-Boas, ketika pasukannya mengatasi Valencia 3-0 Selasa lalu untuk memastikan mereka tidak tersingkir daripada pertandi�ngan utama kelab-kelab Eropah sebelum Krismas buat kali pertama.
Misi berikutnya buat Blues adalah untuk cuba mengurang�kan jurang 10 mata dengan pendahulu Liga Perdana, City, yang akan berkunjung ke Stamford Bridge, awal pagi Selasa ini.

Kemenangan akan membolehkan Chelsea, yang kini di tangga keempat, kembali bersaing selain membantu impian kejuaraan Manchester United dan Tottenham Hotspur.


Kekalahan pastinya satu tamparan hebat terhadap impian kejuaraan Chelsea dan menjadikan City pilihan utama muncul juara buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun.

Namun Mata tidak berminat dengan implikasi keting�galan 13 mata di belakang dan berkata: “Saya hanya memikirkan untuk menang.”

Sesetengah pihak sudah memadam impian Chelsea merampas kejuaraan, tidak kira apa keputusannya Selasa ini namun Mata menambah: “Ia tidak mustahil.

“Masih ada banyak ming�gu sebelum Liga Perdana berakhir. Kami akan terus berjuang setiap minggu untuk menang dan menghampiri pendahulu.”

Pemain berusia 23 tahun itu, yang mempamerkan aksi mantap sejak berpindah dari Valencia musim panas lalu, bagaimanapun sedar bukan mudah untuk menyekat pasukan yang menang 6-1 di Old Trafford Oktober lalu dan hanya keciciran empat mata sepanjang musim.

“Man City bertindak hebat dalam Liga Perdana,” katanya. “Mereka adalah pendahulu, mereka menang setiap perlawanan dan kami berharap di sini di Stamford Bridge mereka akan berdepan kesukaran.”

Mata turut sedar Chelsea perlu bermain lebih bagus berbanding perlawanan mereka menentang kelab utama musim ini, selepas gagal meraih sebarang mata daripada pertemuan menentang Liverpool, Arsenal atau Manchester United.

“Kami kalah dengan Liverpool, menentang Arsenal, berdepan Manchester United, tapi kami harap menentang Manchester City kami akan mengubah semua ini.”

Adalah menarik untuk melihat apa taktik yang akan digunakan Villas-Boas menentang City selepas mengorbankan corak paling disukainya Selasa lalu untuk meraih kemena�ngan.

Pengendali berusia 34 tahun itu agak tegas dengan pendekatannya sebelum ini, namun kini dilihat bersedia untuk berkompromi apabila perlu, dengan pendekatan serangan balas pantas menjadi senjata memusnahkan cabaran Valencia.

Mata turut gembira berjaya melenyapkan seketika kritikan pedas terhadap kelab itu namun kemenangan ke atas City pasti menjadi tonik paling mujarab untuk melupakan kekecewaan awal musim ini. : Metro: