Seorang wanita, Harriet Jenkins yang berusia 25 tahun berjaya
menguruskan badannya sebanyak 95.2 kilogram (kg) kepada 73.3kg selepas
dia menerima pelawaan rakannya agar menyertai satu kumpulan menguruskan
badan.Jenkins yang bercita-cita menjadi seorang guru sebelum ini
mempunyai berat badan lebih 165kg. Graduan yang menganggur itu juga
sering menjadi mangsa ejekkan dan sindiran daripada orang ramai.
Hanya selama 18 bulan, Jenkins yang enggan menjalani pembedahan untuk
mengubah bentuk badannya berjaya mengurangkan lebih separuh berat badan
asalnya selain mendapat tawaran kerja sebagai seorang guru sebuah
sekolah rendah. Dia berjaya mengurangkan berat badan melalui pemakanan
yang sihat dan bersenam.
Dia benar-benar gembira dengan kehidupannya sekarang. Inilah keadaan sebelum dan selepas mengamalkan diet
..Wow...bertuah badann.Jen bila pulak nak macam ni ehhhh...
Keadaannya sekarang selepas berusaha selama 18 bulan..