January 04, 2012

Panass!!! Suruh PM minta Maaf ??

 Suruh PM Minta Maaf? Tolong Cermin Diri Dulu...
Perhhhhh bila dapat tahu yang kumpulan mahasiswa yang terlibat dengan perhimpunan menuntut kebebasan Adam Adli Abdul Halim dan akademik di pekarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) tempoh hari mahu Datuk Seri Najib Tun Razak agar memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam berhubung kekasaran pihak polis.
Menurut Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Haziq Abdullah Abdul Aziz, tindakan polis melakukan kekasaran terhadap mereka termasuk menyebabkan Pengerusi Gerakan Penuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safwan Anang cedera parah tidak sepatutnya berlaku.

Kata Haziq, tindakan polis menumbuk dan menendang untuk meleraikan demonstrasi adalah tidak relevan kerana kumpulan mahasiswa terbabit tidak melakukan apa-apa yang mencetuskan keganasan dan hanya baring beramai-ramai di depan pintu utama Upsi.

Satu jelah aku nak cakap kat budak Haziq ni, PIRAH MABUUUKKKK!!!..Dia nak Layan ker?? alahai...Jemm Jemm Jemmm..suluh muka dekat cermin...kueng kueng kueng..


Semua orang tau yang tuduhan kononnya polis mengasari pelajar berkenaan sengaja direka cipta sebagai satu usaha menjatuhkan imej polis sekali gus meraih sokongan masyarakat bagi ‘menghalalkan’ tindakan mereka.
Kita boleh tengok dalam Youtube bagaimana polis terlebih dahulu telah berunding dan menasihatkan mereka supaya bersurai namun, mereka tetap berdegil.
Polis langsung tidak menggunakan kekerasan dan senjata untuk mendesak mereka supaya bersurai!

Pada siapa yang tak tahu, yang menyebabkan dua pelajar itu cedera apabila keadaan menjadi tegang dan tidak terkawal selepas kumpulan penuntut yang menyertai perhimpunan tersebut cuba melarikan diri selepas diarah bersurai.
Maaf, bukan semua orang budak-budak ni boleh tipu.
Aku nak beritahu korang, polis awal-awal lagi telah menugaskan beberapa jurugambar polis bagi merakamkan kejadian tersebut sebagai bukti polis tidak menggunakan kekerasan.

Apa yang berlaku semasa perhimpunan itu hanyalah keadaan kelam kabut di mana pelajar cuba melarikan diri semasa diarahkan bersurai.
Bagaimanapun, dalam keadaan yang kelam kabut dan tidak terkawal, ada pelajar yang terjatuh dan melanggar dinding kaca sebuah klinik sehingga mengalami kecederaan.
Ada yang sengaja berbaring di atas jalan bagi menunjukkan seolah-olah mereka dikasari polis.
Jadi pada mangkuk hayun yang bernama Haziq dan rakan-rakannya ni aku nasihatkan cubalah renung muka korang tu di cermin.
Dahlah menipu, ada hati nak suruh Perdana Menteri minta maaf kat korang.
Kalau nak dibandingkan Najib ngan korang, macam langit dengan bumi.
Nasib baiklah Najib tu bukan macam pemimpin komunis di China, kalau tak dah lama korang kena lenyek dengan kereta kebal seperti yang berlaku di Medan Tianmen dulu.
Nak jadi hero pun agak-agaklah, bagi lulus dapat ijazah dulu, kemudian masuklah mana-mana parti politik yang kau suka, masa tu kalau korang nak melalak sampai kena tonsil pun takde siapa yang larang.

Ini dahlah masuk universiti kerajaan, makan duit kerajaan, duduk hostel kerajaan…bukan nak berterima kasih tapi korang lempar ‘taik’ pula pada kerajaan.
Kalau tak setuju dengan polisi kerajaan, tak mengapa, itu perkara biasa kerana sebagai pelajar, korang memang dituntut untuk berfikiran kritis.
Tapi apa yang korang buat ni bukan menunjukkan korang berfikiran kritis, tapi ia menunjukkan korang berfikiran bebal!

Semoga korang sedar apa yang korang buat ni salah, bukan saja pada kerajaan tetapi juga pada agama korang.
Islam tidak menyuruh korang berjuang sehingga lupa matlamat sebenar korang berada di universiti, sampai berbaring atas jalan, sampai menipu sana sini.
Matlamat tak menghalalkan cara adik ooi…..Cermin cerminkan diri anda....