Pemimpin mahasiswa dari 14 buah universiti akan mengadakan satu sidang akhbar khas esok bagi menyatakan pendirian sebenar pelajar universiti di seluruh negara bahawa mereka menolak Kempen Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini.
Mynewshub.my difahamkan, sidang akhbar yang bakal dihadiri kira-kira 300 orang termasuk wakil dari 10 badan bukan kerajaan (NGO) itu akan diadakan pada pukul 11 pagi di sebuah lokasi di Shah Alam, Selangor.
Mereka yang hadir adalah pemimpin pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia Johor (UTM JB), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Unversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Turut hadir pemimpin pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu (UNISZA), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM KL) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Manakala NGO terlibat adalah Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN), Gagasan Pelajar India 1 Malaysia, Himpunan Siswazah Anak Kelantan (HIMSAK), Penggerak Mahasiswa Kebangsaan (PMK), Kelab Che Det (KCD), Persatuan Anak-Anak Felda (PERSADA), Gabungan NGO Malaysia dan Persatuan Alumni MPP UiTM (PIMPIN).
Sidang akhbar tersebut dipercayai dianjurkan oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspisari Malaysia (Aspirasi), Jemaah YDP MPP IPTA Se-Malaysia dan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).
![]()