Ini adalah kenyataan Dato’ Dr. Hassan Ali mengenai sokongan PAS terhadap Kempen Bebas Anwar 901:
“Jemputan kepada ahli PAS untuk sertai perhimpunan itu adalah pendapat peribadi dan bukan suara ahli PAS negeri. PAS Selangor kena betul. Kenapa Himpunan Sejuta Umat sebelum ini Dr Rani larang sertai, tetapi apabila hal yang membabitkan peribadi seorang individu dia begitu bersungguh-sungguh,” katanya pada sidang media di
Pejabat Jabatan Agama Islam (JAIS), semalam.
Beliau juga mengambil kesempatan mengangkat Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai lebih layak sebagai pemimpin berbanding Anwar Ibrahim.
Tetapi, Nik Aziz pula melalui siaran berita menyatakan bahawa Perhimpunan 901 adalah halal sekali gus memberi isyarat agar penyokong PAS menyertainya.
Kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip pula “semua pemimpin parti perlu menyertai perhimpunan itu kerana ia arahan kepemimpinan pusat.”
Dan ini pula kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan “himpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini bukan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi mesej menentang ketidak adilan kerajaan Umno BN”.
Nampaknya, Hassan Ali masih tidak dapat menerima hakikat bahawa PAS terutamanya, Si Mursyidul Am dan Sang Presiden yang disanjung dan dinobatkannya sebagai lebih layak dari Anwar Ibrahim itu telah nekad menggenggam bara api berganding bahu dengan kafir harbi, lesbian, gay, mak nyah dan Yahudi demi sedikit peluang untuk merasa kerusi empuk Putrajaya.
Jelas, PAS tidak mampu keluar dari perjanjian yang dibuat Nik Aziz dengan syaitan melalui kenyataannya yang sanggup berkawan dengan syaitan demi menghancurkan UMNO.
Hassan Ali boleh terus mencuba menentang mereka dari dalam tetapi sedarkah beliau bahawa sekiranya mereka menang, maka beliau juga adalah bertanggungjawab kerana bersubahat dengan turut berada dalam Pakatan Rakyat.
Sedarlah Hassan Ali bahawa sesungguhnya keseluruhan PAS itu sudah rosak dan tidak boleh diperbaiki lagi. 9 Januari adalah kemuncak kehancuran PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam apabila menyertai perhimpunan bertema “Bebaskan Anwar”.
Melalui perhimpunan ini PAS akan terheret dalam perjuangan menegakkan hak kumpulan LGBT dan juga perjuangan mentabalkan seorang peliwat dan penzina serta boneka Yahudi sebagai Perdana Menteri.
Hassan Ali boleh menyelamatkan diri dan ramai penyokong-penyokong PAS dari terus keliru dan tersesat dengan keluar dari parti tersebut secepat mungkin sebelum mereka terpedaya dan sama-sama bersubahat dengan para sahabat syaitan untuk menghancurkan agama, bangsa dan negara.
Kepada Hassan Ali, tepuk dada, tanyalah iman..
![]()