KOTA BHARU: Gabungan
urutan ‘overhaul’, membuang syaitan di dalam badan, mandi bunga dan
minum air penawar kini menjadi pilihan wanita yang mahukan payudara
pejal, punggung montok, hidung mancung serta dagu runcing.
Tidak menghairankan
apabila seorang wanita di daerah ini menjadi buruan pramugari dan
golongan wanita VIP yang ghairah untuk kelihatan cantik dan memiliki
bentuk badan menawan menerusi khidmat buang syaitan dan urut ‘overhaul’.
Wanita yang hanya mahu
dikenali sebagai Kak Mah, 50, menyediakan beberapa pakej dengan paling
mahal RM400 untuk kecantikan seluruh tubuh, termasuk membuang kolesterol
dan paling murah RM50 untuk kecantikan muka.
“Setiap manusia ada syaitan di badannya dan kerana syaitan itulah pelbagai keburukan berlaku kepadanya, seperti kelihatan tidak cantik dan berdepan pelbagai masalah.
Justeru, kaedah rawatan
yang saya lakukan adalah membuang terlebih dulu syaitan di dalam badan
dengan menghembuskan sebutan Allah SWT, doa dan bacaan tertentu kepada
pelanggan
“Setiap manusia ada syaitan di badannya dan kerana syaitan itulah pelbagai keburukan berlaku kepadanya, seperti kelihatan tidak cantik dan berdepan pelbagai masalah.
![]()
