Semasa singgah satu blog ada satu kisah seorang tua yang memtong zakarnya semata-mata untuk
menguasai ilmu kung fu..sila baca petikkan dibawah....
gambar hiasan
City Evening News
melaporkan seorang lelaki berusia 60 tahun di Jilin, China bertindak
memotong zakarnya semata-mata untuk menguasai ilmu kung fu. Lelaki itu
mendakwa sifunya memberitahunya dalam mimpi agar memotong zakarnya jika
mahu meningkatkan penguasaan ilmu kung funya - Qi Gong. Lelaki itu juga
mendakwa sifunya turut mengarahkannya agar memusnahkan barang dan harta
bendanya.
Keesokan harinya, lelaki dengan nama keluarganya Zhang terlompat-lompat sekeliling rumah kerana tidak dapat menahan kesakitan selepas memotong kemaluannya. Dia kemudiannya rebah dan tidak sedarkan diri.
Orang kampung yang menjumpai lelaki itu dalam keadaan bogel kemudiannya menelefon polis. Selepas membuat pemeriksaan, pihak polis menemukan zakar lelaki itu di rumahnya, namun pihak hospital gagal menyambungnya semula kerana kecederaan yang teruk pada zakar tersebut.
Selepas sedarkan diri, lelaki itu menceritakan perihal mimpinya itu kepada pihak polis.