NEW YORK - Penyanyi
terkenal, Beyonce tampil di khalayak ramai dengan bentuk badannya yang
berisi di sebuah stadium di sini kelmarin selepas dia melahirkan anak
pada awal Januari lalu.
Beyonce yang berusia 30
tahun menyaksikan perlawanan bola keranjang antara pasukan New York
Knicks dan New Jersey Nets, di Madison Square Garden di sini.
Penyanyi itu duduk di tempat duduk penonton dan dia datang bersama suaminya yang juga seorang penyanyi Jay-Z, 42.
Beyonce turut menurunkan tandatangan pada sebiji bola untuk seorang peminat kanak-kanak di stadium tersebut.
Kehadiran mereka
dianggap oleh media Barat sebagai kemunculan bersama Beyonce dan
suaminya sejak kelahiran anak perempuan mereka pada 7 Januari lalu.
Beyonce yang popular dengan lagu 4 memakai seluar panjang berwarna gelap dan baju T berwarna putih dan jaket berwarna kuning.