Warna kulit adalah daya penarik setiap individu biarpun hakikatnya,cita rasa wanita dan lelaki terbukti berbeza.Lelaki sukakan wanita berkulit cerah,manakala ada wanita yang suka lelaki berkulit gelap.
Lelaki mengaitkan warna kulit putih itu melambangkan kesucian,perawan ,baik budi pekarti dan mulia serta lemah.Wanita pula menganggap lelaki berkulit hitam sebagai penuh misteri,rakus,bahaya dan ada tarikan seks.
Hasil kajian terbaru sekumpulan saintis di Universiti Toronto,Kanada yang merumuskan lelaki yang berbeza latar belakang dan keturunan, mempunyai persamaan dari segi meminati wanita.Mereka suka wanita berkulit cerah,berambut perang yang dianggap paling menawan.Wanita sebaliknya melihat lelaki berkulit gelap-daripada sawa matang kepada kulit hitam sebagai palaing menarik.
Dr Shyon Baumann,ahli sosiologi yang terbabit dalam kajian itu mengesahkan persepsi mengenai warna kulit bukan sekadar tanggapan tetapi hakikat.Warna kulit menjadi daya penarik.
![]()
