Seorang bayi ditemui
dalam sebuah lubang yang berlumpur ketika banjir melanda di kawasan
tersebut. Apa yang luar biasanya, bayi tersebut baru sahaja dilahirkan
oleh ibunya, namun tiada siapa yang tahu siapa yang menyambut kelahiran
itu.
Subhanallah! Bayi Hidup Walaupun Dalam Lumpur | Ceritanya bermula daripada bencana banjir besar yang terjadi di Bangladesh yang telah menggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh air banjir dan terkubur di dalam tompokan lumpur.
Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian, suatu
keajaiban terjadi di mana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur
dalam lumpur tu, telah melahirkan bayinya yang menyembul di atas
permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa. Bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada di dalam rahim ibunya yang sudah mati di dalam lumpur (Maha Suci Allah). Berikut merupakan gambar-gambar bayi tersebut semasa dijumpai.
Subhanallah! Sukar dikatakan bagaimana bayi sekecil ini mampu hidup di
dalam lumpur walau seketika. Tiada siapa yang mengetahui bagaimana bayi
ini disambut. Jika ibunya masih hidup lagi, sudah pasti dia akan gembira
bahawa anaknya masih lagi hidup dalam keadaan normal.
![]()