Kod sumber "Source code" atau kod program
(biasanya hanya dipanggil sumber atau kod) merujuk kepada sebarang siri
pernyataan yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan komputer yang
difahami manusia. Dalam bahasa pengaturcaraan moden, kod sumber yang
membentuk perisian biasanya terdapat dalam beberapa fail komputer,
tetapi kod sumber yang sama boleh dicetak di dalam buku atau dirakamkan
di dalam pita (biasanya tanpa fail sistem).
Istilah ini biasanya digunakan dalam
konteks bahagian tertentu perisian komputer. "Kod sumber" perisian
komputer adalah kumpulan fail yang boleh ditukar daripada bentuk yang
boleh dibaca manusia kepada bentuk setara untuk perlaksanaan komputer
Kod sumber ditukarkan kepada kod objek oleh sama ada penghimpun atau
pengkompil untuk CPU komputer tertentu, atau dilaksanakan dari bentuk
boleh difahami manusia dengan bantuan pentafsir.
Oleh itu, kod sumber digunakan sama ada
untuk menghasilkan kod objek, atau dijalankan oleh pentafsir.
Pengubahsuaian tidak dilakukan kepada kod objek, tetapi pada kod sumber,
dan ditukarkan sekali lagi.
Tujuan utama lain bagi kod sumber adalah
untuk gambaran perisian. Juga, kod sumber mempunyai pelbagai kegunaan.
Kod sumber boleh digunakan sebagai perkakasan belajar; penulis perisian
baru sering mendapati ia berguna untuk meneliti kod sumber sedia ada
untuk mempelajari teknik memprogram dan metodologi. Ia juga digunakan
sebagai cara berkomunikasi antara penulis perisian berpengalaman,
disebabkan (secara idealnya) ia tepat dan tidak kabur. Perkongsian kod
sumber antara penulis perisian sering disebut sebagai faktor yang
membawa kepada kematangan kemahiran memprogram. Kod sumber boleh menjadi
perantaraan meluahkan artistik; perhatikan, sebagai contoh, kod
obfuskated atau PerlMonks.Org.
Kod sumber adalah komponen penting dalam
aktiviti memindah perisian kepada pelantar komputer alternatif. Tanpa
kod sumber bagi perisian tertentu, pemindahan secara amnya amat sukar
untuk dilaksanakan dan juga mustahil. Penulis perisian selalunya
meminjam kod sumber dari sebahagian perisian untuk digunakan dalam
projek lain, konsep yang dikenali sebagai kitaran perisian "Software
reusability".
Kod sumber bagi bahagian khusus perisian
boleh terkandung dalam satu fail atau banyak fail. Sumber kod perisian
tidak semestinya ditulis dalam bahasa pengaturcara yang sama; sebagai
contoh, adalah menjadi perkara biasa untuk sesuatu perisian ditulis
kebanyakannya dalam bahasa pengaturcaraan C, dengan sebahagiannya
ditulis dalam bahasa perhimpunan untuk tujuan menoptima. Sebahagian
komponen perisian juga boleh ditulis dan dikompil berasingan, dalam
bahasa pengaturcaraan rawak, dan kemudian digabung kepada perisian
menggunakan teknik memaut perpustakaan library linking.
Perisian pertengahan rumit biasanya
memerlukan pengkompilasi atau gabungan beberapa, kadangkala berdozen
atau juga beratus, fail kod sumber. Kerumitan ini dikurangkan dengan
meletakkan Makefile dengan kod sumber, yang menggambarkan hubungan
antara kod sumber, dan mengandungi maklumat tentang bagaimana hubungan
antara fail kod sumber, dan mengandungi maklumat bagaimana cara ia perlu
dikompil. Sistem kawalan revisi merupakan perkakasan lain yang sering
digunakan oleh pemaju untuk penyelenggaraan kod.
Contoh Source Code |