Jenazah seorang bangsawan yang meninggal dunia
hampir 90 tahun lalu digali dengan harapan dapat membantu wabak
flu.Tuan tanah di Yorkshire bernama Sir Mark Sykes itu meninggal di
Peranchis pada 1919 kerana wabak flu.
Para ilmuan di Britain percaya jenazah Mark
mengandungi DNA flu Sepanyol yang mempunyai kemiripan struktur genetik
dengan flu modern.Berdasarkan hasil penemuan ilmuwan AS tahun lalu,DNA
flu Sepanyol boleh dibuat ubat untuk mencegah wabak flu moden.
Makhamah telah mengizinkan jenazah Sir Mark yang tersimpan di rumah bersejarah,Sledmere House,dibongkar setelah mendapat izin cucunya.Jenazah akan diteliti dalam makmal khas kedap udara agar tidak reput.
Sir Mark meninggal dunia kerana wabak flu Sepanyol yang membunuh
jutaan orang pada Perang Dunia 1.Dia diserang virus itu ketika menempuh
perjalanan dari Syria ke London dan meninggal dunia pada 16 Februari
1919 di Hotel Lotti semasa perundingan perdamaian di Paris.