Tidak
dinafikan sama sekali bahawa Muhammad SAW merupakan ikon dan idola
paling agung di dalam sejarah peradaban manusia sejagat yang tiada tolok
banding taranya.
Juga tidak dinafikan juga bahawa puteri
Baginda, Fatimah Az-Zahra AS juga merupakan contoh terbaik kepada
seluruh golongan hawa di mana beliau merupakan wanita kedua terawal
dimasukkan ke dalam syurga sebagaimana yang dijamin ayahandanya,
Rasulullah SAW.
Bagaimanapun, setelah Rasulullah SAW dan
puterinya wafat lebih seribu tahun lalu, barang-barang peribadi
peninggalan dua insan istimewa ini turut menjadi perhatian dan menjadi
sesuatu yang sangat tidak ternilai kepada seluruh umat Islam.
Antara barangan yang dikatakan milik
peribadi peninggalan Rasulullah SAW dan Fatimah AS ialah dua helai jubah
lusuh yang didakwa milik kekasih Allah dan puterinya itu.
Sekali pandang, mungkin ramai yang teruja melihat dua helai jubah tersebut.
Mungkin kalau boleh, seluruh umat Islam mahu memiliki, memeluk dan mencium jubah tersebut sampai tertidur.
Tapi, tidak pernahkan terlintas di
fikiran umat Islam tentang kesahihan dua helai jubah yang dikatakan
milik Rasulullah SAW dan puterinya itu?
Menurut riwayat para sahabat AS,
Rasulullah SAW dan keluarganya hanya memakai pakaian dari jenis fabrik
yang murah, kasar serta kurang kualitinya, manakala sesetengah riwayat
pula menyatakan bahawa Baginda hanya memiliki sehelai jubah sutera yang
dihadiahkan padanya.
Merujuk kepada jubah yang terpamer serta
dikatakan adalah merupakan jubah peninggalan Rasulullah SAW dan
puterinya itu, ia seolah-olah dari jenis fabrik yang kasar, rendah
kualiti dan murah harganya.
Persoalannya, benarkah dua helai jubah
yang rendah kualiti dan murah itu bertahan untuk lebih 1,400 tahun tanpa
reput fizikalnya?
Benarkah kedua helai jubah itu diwarisi turun temurun oleh keluarga Rasulullah SAW sehingga ke hari ini?
Jika benar ia diwarisi turun temurun
mengikut susur galur nasabnya, benarkah ia adalah tulen dan sememangnya
sahih milik Rasulullah SAW dan puteri Baginda?
Bukanlah mahu mempertikaikan kesahihan
identiti kedua helai jubah itu, namun adalah tidak mustahil wujudnya
usaha pihak tertentu yang mempergunakan pengaruh Baginda SAW dan Fatimah
AS untuk mencari keuntungan serta kemasyhuran.
Mungkinkah juga kedua jubah itu hanyalah
satu model atau replika mengikut imaginasi pihak tertentu untuk menarik
perhatian umat Islam adalah bukan milik Rasulullah SAW dan puterinya?
Di dunia akhir zaman yang serba canggih
dan dikuasai oleh golongan Yahudi yang sering memberikan kepalsuan dunia
ini, tidak mustahil umat Islam yang lemah mudah dimanipulasi dengan
perkara-perkara sebegitu, bukan?
Mungkin ia sengaja diada-adakan bagi
meningkatkan tahap ketaksuban umat Islam terhadap barang peninggalan
Rasulullah SAW berbanding sunnah Baginda, siapa tahu?