April 07, 2012

Crocs Ohh Crocs.. Budak Hampir Hilang Kaki..

Kerana Crocs, Budak Hampir Hilang Kaki!

Memakai dan memiliki kasut berjenama Crocs suatu ketika dahulu merupakan fenomena fesyen yang berlaku di negara kita.
Rata-rata orang ramai berusaha untuk mendapatkan kasut Crocs kerana menganggap kasut itu merupakan satu fesyen yang sangat eksklusif dan memberikan kelainan kepada si pemakai.

Namun, baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan hampir hilang kakinya apabila kakinya tersangkut di eskulator di sebuah kompleks membeli-belah, The Gardens, Mid Valley.
Kemalangan ngeri tersebut hampir meragut nyawa kanak-kanak itu kerana kasut Crocs yang dipakainya tiba-tiba tersangkut di celah-celah eskulator ketika mesin tangga itu sedang bergerak.

Namun, atas tindakan pastas pekerja-pekerja pengurusan pusat membeli-belah itu menelefon pihak bomba, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan walaupun memakan masa hampir 30 minit untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak itu.
Pun begitu, kaki kanak-kanak perempuan itu mengalami kecederaan yang amat teruk dan dikejarkan ke Pusat Rawatan Universiti Malaya.

Punca terjadinya kemalangan ngeri itu adalah dari kasut Crocs yang dipakai oleh kanak-kanak itu kerana struktur getah lembut kasut Crocs itu menyebabkan kasut itu mudah ditarik masuk ke dalam eskulator.