Cemburu boleh membawa kepada
pergaduhan. Bagi insan-insan yang berkasih-sayang, perasaan cemburu
terhadap pasangan adalah perkara normal. Namun, jika perasaan cemburu
terlampau atau lebih dikenali sebagai cemburu buta boleh meretakkan
hubungan dan seterusnya membawa kepada perpisahan. Berikut adalah CIRI CIRI ORANG
KUAT CEMBURU…
1. Duduk di rumah sahaja
Duduk di rumah sahaja menyebabkan
mereka ini tidak terdedah kepada persekitaran dan pengaruh luar. Ini
boleh menyebabkan fikiran mereka selalu memikirkan perkara-perkara yang
tak elok tentang pasangan. Adegan di televisyen juga boleh menimbulkan
rasa cemburu terhadap pasangan.
2. Terlalu mudah menuduh pasangan tak jujur dan curang
Walaupun hanya melihat dan
mendengar hal-hal yang kecil, mereka mudah menuduh pasangan berlaku
curang dan tak jujur. Tuduhan yang tak bernas ini akan menyebabkan
pasangan berasa tak selesa dan tertekan dan boleh menyebabkan pasangan
melakukan perkara yang dituduh untuk membuktikan bahawa tuduhan anda
adalah benar.
3. Mangsa penceraian
Orang yang pernah mengalami sejarah
hitam dalam hidup seperti ibu bapa bercerai atau pernah ditinggalkan
oleh pasangan, akan menyebabkan diri berasa terancam dan bimbang
peristiwa yang sama akan berlaku padanya dan berulang kembali.
Sifat kuat cemburu perlu diatasi kerana ini akan merosakkan hubungan yang sedia ada. Cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu buta, sayang melayang!