May 09, 2012

Eksklusif!!Saiful Apek Bantai David Teo Kerana Kutuk Arwah Bob Kuman..




Pemergian Allahyarham Bob Kuman ternyata masih lagi belum reda meski pun jenazahnya sudah selamat dikebumikan pada minggu lepas.Kisah hidup Bob Kuman menjadi perhatian umum apabila Allahyarham tampil ke depan mendedahkan sikap David Teo dan syarikat produksinya yang beliau dakwa tidak mengendahkan kesihatan dirinya dan menghulurkan bantuan kewangan walaupun Allahyarham jatuh sakit di lokasi pengambaran.


Malah, isu antara mereka berlarutan sehinggalah David Teo membuat kenyataan Bob Kuman sebenarnya hanyalah meraih simpati dan meminta sedekah dengan mengeluarkan cerita sedemikian.Masalah mereka berdua berlarutan hinggalah Bob Kuman menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Terkini,seorang lagi pelakon dan pelawak tanah air,Saiful Apek pula membangkitkan kontroversi terbaru tentang pemergian Allahyarham Bob Kuman.Saiful Apek telah memuat naik status di laman sosial Facebooknya (FB Fanpage) iaitu kenyataan yang menyindir David Teo.


HA! HA! HA! Sikalang wa balu aman sbab itu olang talak mule mintak sedekah & aniaya wa lagi! HA! HA! HA!”, kenyataan di FB Fanpage Saiful Apek yang didakwa dari David Teo.

Pada mulanya,tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan yang kononnya dikeluarkan David Teo tentang Allahyarham Bob Kuman itu adalah benar atau tidak.Namun,melihatkan balasan Saiful Apek dengan soalan-soalan yang diajukan oleh peminat-peminatnya di laman Twitter dan Facebooknya mengukuhkan lagi kenyataan itu mungkin dari David Teo yang telah mengutuk diri Allahyarham Bob Kuman.

Kenyataan David Teo itu sedikit sebanyak telah pun mengguriskan hati Saiful Apek di mana kenyataan ‘melampau’ penerbit itu seolah-olah tidak menghormati dan menghargai diri Allahyarham.Semoga,isu tentang Allahyarham Bob Kuman tidak perlu diperbesarkan lagi memandangkan tiada lagi insan seni itu di dunia ini.Biarlah rohnya tenang bersemadi di sisi Illahi dan mendoakan kesejahteraannya di sana.Amin


AL-FATIHAH...
 
Sumber :