May 09, 2012

TUdia!! Pencuri seluar dalam wanita hantui penduduk Salak Selatan & Damansara


Cerita 1:
 
Kegemaran pelik seorang lelaki misteri mencuri pakaian dalam wanita di kawasan Salak Selatan menyebabkan seorang kerani dan keluarganya kini hidup dalam ketakutan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Lee An, 40-an mendakwa sejak dua bulan lalu lebih 20 seluar dalamnya dilarikan dan lelaki terbabit tidak pernah takut untuk memasuki kawasan rumahnya yang berpagar untuk mencuri pakaian dalam berkenaan.

Dalam kejadian terbaru kelmarin, pakaian dalam mangsa yang disidai bersama pakaian lain dalam kawasan rumah berpagar didapati hilang manakala pakaian lain masih ada di jemuran.


Menurutnya, kehilangan pakaian dalam itu disedari bapanya yang bangun kira-kira jam 6 pagi apabila mendapati pakaian dalam miliknya sudah hilang.

“Saya kemudian mencari di seluruh kawasan rumah tetapi tidak menemui pakaian itu. Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini berlaku dan sejak dua bulan lalu, lebih 20 helai seluar dalam saya yang dijemur di ampaian dicuri lelaki misteri.


“Kami mendapat tahu daripada jiran yang ternampak seorang lelaki berpakaian hitam melompat masuk ke kawasan rumah dan dalam sekelip mata melarikan diri,” katanya . Katanya, dia yang bimbang pakaian itu digunakan untuk tujuan tertentu kemudian membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan.

 
Cerita 2:
 
Pencuri yang gemar memecah masuk beberapa rumah di Apartmen Flora Damansara sejak kebelakangan ini bukan sahaja mencuri barangan berharga di rumah yang dimasukinya tetapi turut mempunyai hobi yang pelik.

Dua bulan lalu suspek yang pernah memecah masuk sebuah rumah di kawasan kediaman berkenaan selain melarikan pelbagai barangan berharga bernilai RM10,000, dia juga turut mencuri ‘seluar dalam’ wanita.

Terbaru dalam kejadian semalam, sebuah rumah yang disewa oleh beberapa gadis pula menjadi mangsa dan seluar dalam mereka telah dicuri oleh si pencuri berkenaan selain kehilangan pelbagai cincin, rantai emas yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM7,000.

Pencuri pelik itu kemudiannya meninggalkan cermin mata hitamnya di atas meja makan seolah-olah sebagai ‘cenderahati’ kepada penghuni rumah terbabit.

Menurut mangsa, Natrah Noor 23, dia terkejut apabila mendapati kunci mangga dan pintu hadapan rumahnya sudah terbuka.

“Saya merasa pelik dan terkejut kerana selalunya kalau kawan-kawan yang lain balik, rumah mesti berkunci. Sebaik sahaja saya masuk ke dalam bilik semua pakaian dan barangan berterabur,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Suspek dipercayai turut menyelongkar almari dan mengambil apa sahaja barangan berharga di setiap bilik termasuk sebuah kotak mengandungi barang kemas miliknya.

Selain itu, dua buah komputer riba dan kamera digital turut ‘disapu’ menyebabkan mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara.