Jadikan Otak Anda Hebat....
1. Dalam badan kita ada satu ciptaan di mana ianya amat hebat
sehinggakan mampu menguasai dunia keseluruhannya. Di sinilah terdapatnya
segala ilmu, tidak kira yang baik atau tidak. Allah s.w.t. telah
ciptakannya untuk kita menerima maklumat,menyimpan dan mengeluarkannya
semula serta digunakan untuk membezakan perkara yang baik dan tidak
baik. Inilah yang dikatakan sebagai otak.
Otak adalah satu ciptaan Allah yang amat hebat buat manusia,wajib kita
mengucapkan syukur. Otak dicipta untuk kita memikirkan kebesaran Allah,
ini adalah yang utama.Otak bukan gunanya untuk merosakkan apa jua akan
tetapi otak amat berguna untuk kita merasakan kebesaran Allah dan
menyimpan ilmu Allah didalamnya.
2. Otak yang baik akan lahir
dari manusia yang baik,pemakanan yang baik serta cara fikir yang baik.
Bukan mudah sebenarnya untuk kita menjaga otak kurniaan yang Maha Esa
ini. Perkara pertama yang kita perlu ambil berat adalah bimbinglah otak
kita dengan akidah yang benar iaitu mengesakan Allah setiap saat.
3. Seterusnya kita perlu memastikan oksigen cukup untuk otak
kita,apakah tanda orang yang tak cukup oksigen? Salah satunya ialah
kerap sakit kepala, cepat stress dan macam-macam lagi. Salah satu cara
untuk pastikan otak kita cukup oksigen ialah dengan menjaga solat kerana
pergerakan sujud itu membekalkan oksigen yang banyak kepada otak.
Selain itu, amalkan minum air kosong 8 gelas sehari. Air merupakan
pembekal oksigen yang amat baik kepada otak kita.
4. Juga
amalkan zikir, selawat dan bacaan Al-Quran kerana dengan zikir, otak
kita akan memberikan riaksi yang amat baik. Secara rohani dan fizikalnya
zikir amat memberikan kesan yang positif.