Redah Jeee™
October 20, 2012
Gileee!! Kisah Ibu dan Anak yang Dibakar Ayahnya Kerana Wang Mahar ....
Nasib Idika, bayi perempuan berusia 13 bulan, sungguh malang. Dia menderita luka bakar 55 peratus kerana dibakar sang ayah yang menuntut mahar kepada ibunya. Kini, Idika dalam keadaan kritikal dan masih berjuang untuk hidup.
Idika dan ibunya, Pravarthika Gupta (25), dibakar sang ayah, Ashutosh, yang menuntut keluarga Pravarthika melunasi mahar. Selain itu, menurut keluarga Pravarthika, Ashutosh tak menginginkan anak perempuan.
"Bukan hanya kerana tuntutan mahar mereka belum terpenuhi, tetapi juga kerana mereka ingin anak pertama mereka adalah laki-laki," kata kerabat Pravarthika seperti dikutip dari huffingtonpost.com, Khamis (18/10/2012).
Isteri harus membayar mahar kepada suami dan mertuanya adalah hal yang umum di India. Namun belum membayar mahar lalu dibakar oleh suami dan mertua adalah hal yang sangat mengejutkan di India.
Suami Pravarthika, Ashutosh, dan ayahnya Ram Mohan sanggup menyiksa secara fisik dan mental terhadap Pravarthika kerana persoalan beberapa ribu dollar Amerika yang dijanjikan sebagai wang mahar. Ibu mertua Pravarthika, Sushma sendiri telah ditangkap pihak polis India, namun Ashutosh dan Ram Mohan belum tertangkap kerana berhasil melarikan diri.
Pravarthika meninggal dunia di rumah sakit, sedangkan Idika yang mengalami luka bakar 55 peratus di tubuh dan wajahnya masih dirawat intensif. "Kenapa dia melakukan ini? Dia memiliki segalanya, isteri yang cantik, seorang gadis cantik, rumah mewah. Apa yang ada di pikirannya? kita tidak mengerti," kata pak cik Idika, Rajesh Gupta.
Idika kini berjuang hidup di sebuah rumah sakit di New Delhi. Keluarganya secara bergantian menunggui bayi malang tersebut.
Pravarthika dan Ashutosh menikah dua tahun lalu, namun wang mahar yang dibebankan kepada keluarga mempelai perempuan belum juga dilunasi. Kes seperti ini diketahui sering terjadi dengan catatan 8.000 wanita India dilaporkan meninggal setiap tahun kerana mahar yang dituntut suami dan mertua mereka.
Newer Post
Older Post
Home