October 13, 2012

Wow!! Cinta Sejati - Tinggal Dalam Bilik Kecil Lepas Berkahwin

 Tinggal Dalam Bilik Kecil


Mari kita mendengar cerita cinta sejati dari China.

Xiao Zhang (26) dan Xiao Pan (24) menunjukkan kadang kala hanya cinta yang diperlukan dan bukannya harta duniawi.

Pasangan comel ini bernikah 24 September lalu dan kini tinggal did alam sebuah bilik sebesar 4.65 meter persegi di dalam kedai milik bapa Xiao.
Mereka terpaksa tinggal di dalam bilik kecil ini kerana tidak mampu memiliki rumah kerana pendapatan mereka yang kecil.

Sungguhpun harta duniawi mereka sangat sedikit, pasangan ini percaya apa yang mereka perlukan di dunia hanyalah each other.
Kisah pasangan ini menjadi bualan hangat di China kerana mereka enggan mengikut trend semasa di China di mana pengantin lelaki harus memiliki rumah dan kereta sebelum pinangan mereka diterima pihak perempuan.
Syabas kepada pasangan ini dan semoga jodoh berkekalan sehingga ke anak cucu.