Bagi edisi bulan April akan datang,
pihak majalah Nona bakal menampilkan penyanyi terkenal, Shila Amzah
sebagai penghias muka depan majalah mereka dengan bertemakan edisi
eksklusif perkahwinan.
Jika dilihat daripada foto yang
dipaparkan, Shila Amzah kelihatan sungguh cantik dan anggun apabila
menggayakan pesalinan busana pengantin berwarna putih rekaan Jovian
Mandagie dan diselitkan dengan hiasan bunga tangan dari Flora Academy.
Antara isi kandungan yang terdapat di
dalam keluaran kali ini adalah disebalik kegagalan kisah cinta menerusi
isu pelamin anganku musnah, ketahui 50 himpunan gaun pengantin yang
cantik dan menarik, pelajari gaya tudung serta hantaran fesyen untuk
pengantin lelaki dan yang paling istimewa ikuti temubual eksklusif
luahan hati dan kisah cinta Shila Amzah.
Untuk ketahui dengan lebih lanjut bolehlah mendapatkan majalah ini nanti.
Di bawah ini adalah klip video di sebalik tabir sesi fotografi yang telah diadakan.