Seorang lelaki warganegara British, Hok Kuen Chow ditahan pihak
berkuasa Thailand baru-baru ini kerana cuba menyeludup enam janin yang
telah dipanggang dan bersalut emas ke Taiwan.

Lelaki yang dilahirkan di Hong Kong ini mengaku kepada pihak polis, dia memang berniat untuk menjual janin-janin ini ke Taiwan.

Hok Kuen Chow dilaporkan telah membeli janin ini dengan harga US $ 6.500
dari “agen” yang tidak disebut namanya. Dan dia dijangka akan
menjualnya kembali di Taiwan dengan harga lebih tinggi iaitu enam kali
ganda.

Menurut laporan dari pihak polis, para pelanggan Hok Kuen Chow di Taiwan
menggunakan janin-janin ini untuk sebuah ritual ilmu hitam yang di
percayai boleh membawa keuntungan besar dalam perniagaan…
