August 05, 2012

MPP Uruskan Pelajar. Mana Pengurusan UNISEL?

 MPP Uruskan Pelajar. Mana Pengurusan UNISEL?



Apa yang terjadi sebenarnya di Universiti Selangor (UNISEL)? Sebelum ini dengan isu PTPTN dan kini pula isu pelajar tidak dibenarkan mendaftar kolej kediaman.
Kami menerima aduan berkenaan pihak pengurusan kolej kediaman Universiti Selangor (UNISEL), Jana Niaga Sdn Bhd bertindak menutup pejabat bagi sesi pendaftaran kolej kediaman yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu.

Lantaran dari kejadian itu, MyNewsHub telah merujuk laman sosial Facebook Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Memetik dari salah satu sumber dalam laman sosial itu, penuntut mendakwa yang mereka tidak dapat mendaftar kolej kediaman sekaligus menerima kunci bilik akibat dari penutupan pejabat operasi Jana Niaga Sdn Bhd.

Maka, ramai penuntut UNISEL mula ‘naik angin’ apabila ada diantara mereka yang datang dari jauh tidak dapat mendaftarkan diri sekaligus tidak menerima kunci bilik.
MyNewsHub telah menghubungi Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL, Mohd Jeffri Abu Hassan bagi mendapatkan keterangan lanjut berkenaan isu tersebut.
Menurut Jeffri, pihak MPP serta penuntut UNISEL tidak menerima sebarang notis mahupun makluman awal berkenaan penangguhan pendaftaran kolej kediaman sehingga mereka hadir ke pejabat operasi Jana Niaga Sdn Bhd pada Jumaat lalu untuk mendaftar.

“Kami tidak menerima sebarang makluman yang lebih awal berkenaan penutupan Jana Niaga Sdn Bhd.
“Maka, menjadi tanggungjawab kami untuk menguruskan kebajikan pelajar terutama mereka yang hadir dari jauh untuk ditempatkan di kolej kediaman sementara di Kota Puteri,” ujar Jeffri sewaktu dihubungi MyNewsHub hari ini.
Ujarnya lagi, pihak MPP juga tidak pasti berkenaan masalah tersebut kerana itu merupakan permasalahan dalaman yang berlaku antara pihak pengurusan UNISEL dan Jana Niaga Sdn Bhd.

“Agak mengecewakan bagi saya apabila ramai antara pelajar yang hadir terutama mereka yang datang dari jauh terpaksa menanggung masalah ini,” tambah Jeffri.
Jana Niaga Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membangun dan mengoperasikan kediaman pelajar di Kampus Induk UNISEL Bestari Jaya.

Namun, ada beberapa sumber yang mengatakan pihak pengurusan UNISEL tidak membuat bayaran kepada pihak Jana Niaga Sdn Bhd yang menyebabkan syarikat itu bertindak ‘mogok’ menghentikan operasi mereka.
Lantaran dari kejadian itu, pihak MPP akan mengadakan mesyuarat bersama pengurusan UNISEL serta Jana Niaga Sdn Bhd bagi mendapatkan keterangan lanjut berkenaan isu tersebut selaras dengan prinsip MPP untuk menjaga kebajikan pelajar.
Pihak MyNewsHub akan mendapatkan keterangan lanjut berkenaan isu tersebut dari pihak pengurusan UNISEL serta dari Jana Niaga Sdn Bhd dalam masa terdekat.


Read more ...

Anak Anne Ngasri Panggil Alif Aziz ‘Daddy’

 Anak Anne Ngasri Panggil Alif Aziz 'Daddy'


Pelakon Anne Ngasri mengakui tiga anaknya memanggil kekasihnya iaitu penyanyi dari Singapura, Alif Aziz dengan panggilan ‘daddy’.

Anne atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri, 28, berkata, anak-anaknya iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2, sangat rapat dengan Alif kerana sering menghabiskan masa bersama-sama.
“Anak-anak memang rapat dengan Alif dan mereka memanggilnya dengan panggilan ‘daddy’.

“Alif juga tidak kekok melayan karenah mereka dan menerima anak-anak saya dengan hati terbuka,” ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Anne, walaupun Alif masih muda tetapi sifat matang dan bertanggungjawab penyanyi berusia 21 tahun itu telah membuatkan dia semakin selesa bersamanya.
“Usia bagi saya bukan ukuran tetapi kematangannya yang membuatkan saya selesa untuk berkawan dengannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anne memberitahu keluarga kedua-dua belah pihak merestui hubungan cinta mereka terutama keluarga Alif yang begitu menyenangi kehadirannya dan anak-anak.

Ujar Anne, restu keluarga adalah sangat penting dan dia bertambah yakin untuk meneruskan hubungan bersama Alif kerana faktor tersebut.
“Saya adalah seorang ibu tunggal dengan tiga anak dan memang risau jika keluarga Alif tidak dapat menerima saya. Tetapi Alhamdulillahlah keluarga kedua-dua belah pihak menerima hubungan kami dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Anne menjelaskan hubungannya dengan bekas suami, Abdul Wafi Hassan juga sangat baik dan dia tidak membelakangkan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak mereka.

Anne memberitahu walaupun sudah berpisah hubungan ibu, bapa dan anak haruslah rapat bagi memastikan mereka mendapat kasih sayang sepenuhnya.
Dalam perkembangan lain, Anne memberitahu selain sibuk di lokasi penggambaran filem Pengapit dia bakal sibuk dengan beberapa lagi projek selepas Hari Raya nanti
Read more ...

Tempoh Hidup Macaulay Culkin Hanya 6 Bulan - Home Alone

Tempoh Hidup Macaulay Culkin Hanya 6 Bulan



BEKAS aktor cilik yang pernah menjadi bintang filem Home Alone, Macaulay Culkin, dikatakan hanya mempunyai jangka hayat selama enam bulan lagi.

Menurut laporan Inquisitr, bekas kekasih aktres Mila Kunis itu menghabiskan wangnya sebanyak RM18,000 (US$ 6,000) sebulan untuk membeli pelbagai jenis ubat yang dilarang.
Malah Macaulay telah berpindah ke Manhattan untuk menyertai pesta dadah.

“Macaulay hanya mampu bergantung pada ubat-ubatan dan itu boleh membunuhnya. Dia ketagih dengan dadah jenis heroin, oxycodone, percocet dan vicodin.
“Saya lihat sendiri bagaimana dia boleh ambil semua itu dalam satu masa,” kata sumber.
Februari lalu, paparazzi merakamkan fotonya dengan keadaan kurus kering. Ia dikatakan berpunca daripada masalah tekanan perasaan yang berpanjangan sejak putus cinta dengan Mila tahun lalu.
Read more ...

July 28, 2012

Adakah Turun Harga Kenderaan: Cadangan Tak Rasional??

 Turun Harga Kenderaan: Cadangan Tak Rasional Pembangkang
Janji pembangkang mahu merombak Dasar Automotif Negara sekaligus mahu menurunkan harga kereta jika dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang dilihat sebagai tidak rasional.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata cadangan itu tidak rasional kerana dalam sekilas pandang kelihatan menarik, namun untuk jangka panjang akan memberi kesan negatif kepada ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

“Pembangkang ni, saya tengok, dengan mudahnya nak turunkan harga itu dan ini, sampai rugi. Sedangkan syarikat-syarikat kereta inilah yang membayar cukai kepada kerajaan, yang sekaligus kembali semula kepada rakyat dalam bentuk pelbagai faedah untuk rakyat,” katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat Mohd Rafizi Ramli yang dilapor berkata menerusi penstrukturan semula Dasar Automotif Negara dapat mengurangkan beban hutang rakyat sekaligus dapat meningkatkan pendapatan boleh guna.

Tajuddin, yang juga Pengerusi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) berkata pembangkang perlu juga melihat kesan sebarang cadangan mereka terhadap rakyat, bajet negara, agenda pembangunan dan juga pendapatan kerajaan.
“Jika syarikat ini bayar cukai yang sedikit, pendapatan kerajaan berkurangan dan dengan itu macam mana kerajaan akan mampu membiayai agenda pembangunan seperti membina hospital dan jalan raya untuk faedah rakyat.
“Tanpa prasarana yang baik, tidak wujud persekitaran yang kondusif untuk pelaburan, mengakibatkan syarikat rugi dan pelabur lari. Akhirnya rakyat jadi mangsa apabila dibuang kerja dan menganggur,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata langkah kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir PAS-DAP dan Parti Keadilan Rakyat memberi bonus kepada penjawat awam negeri masing-masing membuktikan bahawa mereka terpaksa meniru langkah yang dibuat oleh kerajaan pusat.

“Pembangkang dari awal lagi tuduh apa yang kerajaan buat semuanya sebagai memancing undi. Namun akhirnya mereka nampak usaha itu baik dan terpaksa turut melakukannya demi mengekalkan kuasa mereka di negeri-negeri itu,” katanya.
Semalam, kerajaan Selangor meluluskan pemberian bonus setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya RM500 dan juga memutuskan untuk memberi bonus tambahan sebanyak RM200 yang dinamakan Bonus Simpanan Selangorku kepada penjawat awam negeri.

Manakala kerajaan Pulau Pinang mengumumkan akan memberi bonus setengah bulan gaji atau minimum RM600 kepada pegawai perkhidmatan awam negeri.
Read more ...

Wajah Anak Zed Zaidi….Ryan Ziqry.. tomey²

 
Wajah Anak Zed Zaidi....Ryan Ziqry
Presiden Seniman, Zed Zaidi sebentar tadi telah memuat-naik foto anak sulung beliau yang dilahirkan di Tropicana Medical Centre pagi tadi.

Bayi comel lelaki ini dinamakan Ryan Ziqry.

Ketika dilahirkan, berat Ryan adalah 4.3 kilogram. Besar gak baby ni...
Untuk rekod, Zed Zaidi melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Natalia Mustafa Kamal pada 29 April 2011.
Read more ...