September 28, 2011

Bahan cetakan al-Quran ditemui di Mergong

ALOR SETAR 28 Sept. - Dua guni yang mengandungi bahan cetakan ayat Al-Quran ditemui di kawasan Perindustrian Mergong 2 di sini dua hari lalu.
Bahan-bahan itu ditemui oleh seorang pengurus pemasaran sebuah kilang percetakan di situ, Abdul Basidh Abdul Wahab, 40, yang diletakkan di hadapan pintu pagar belakang kilang tersebut.
"Apabila saya membuka guni itu, terdapat cetakan surah Yassin, doa-doa dan panduan ibadat. Mungkin mereka salah cetak dan tidak ada tempat pelupusan, sebab itu mereka membuangnya di sini.
"Saya rasa mereka yang membuat kerja ini adalah syarikat percetakan juga. Mungkin mereka tak ada tempat pelupusan dan mereka membuangnya di sini kerana mahu lepas tangan,” katanya. - Bernama