Entah mengapa hati kamu seolah -olah berdebar -debar dan bergetar apabila mengetahui si dia masihmengharapkan cinta kamu . Wajarkah cinta ini diteruskan atau han ya dilepaskan berlalu begitu sahaja ? Berikut kebaikan dan keburukan yang perlu kamu tahu sebelum membuat sebarang keputusan .
Kebaikannya:
Mudah Menyesuaikan Diri
Apa yang pasti, salah satu kebaikannya adalah kamu dan si dia tidak perlu banyak masa untuk menyesuaikan diri terhadap karakter masing-masing. Apatah lagi kamu berdua telah saling mengenali di antara satu sama lain.
Belajar Daripada Pengalaman Masa Lalu
Cuba ingat kembali apa punca yang menyebabkan hubungan kamu dan si dia putus di tengah jalan. Dari itu kamu boleh memastikan kesilapan tersebut tidak akan berulang lagi dan kamu dapat menghindarinya agar hubungan kamu dan si dia kali ini mampu berjalan dengan lancar.
Banyak Perkara Yang Boleh Dikongsi Bersama
Kamu belajar dan membesar dari sekolah yang sama. Oleh itu, tentunya banyak kenangan masa lalu yang kamu berdua kongsi bersama. Ingatan inilah yang secara tidak langsung akan membuatkan kamu berdua semakin rapat sehinggakan bila bertemu pasti ada sahaja perkara yang boleh dibualkan dan dikongsi bersama.
Keburukannya:
Tidak Ada Keistimewaan
Risiko untuk kamu merasakan hubungan di antara kamu dan si dia tidak ada sebarang keistimewaan adalah sangat besar. Ini kerana kamu begitu mengenali si dia, jadi setiap tindak-tanduknya semua di dalam poket kamu dan yang pasti tidak akan ada sebarang kejutan untuk kamu.
Melayan Kamu Sama Seperti Teman Lain
Berkemungkinan disebabkan si dia mengenali kamu di zaman sekolah lagi, jadi si dia akan melayan kamu sama seperti temanteman sekolah kamu yang lain dan si dia tidak ada perasaan romantis langsung. Lebih menyakitkan hati lagi, andai di hujung minggu dia memilih untuk keluar beramai-ramai bersama teman-teman lain dengan alasan ‘kita sudah biasa bersama-sama’.
Mengungkit Kisah Lalu
Mungkin perpisahan kamu kerana si dia curang. Biarpun kini si dia hadir dengan janji yang baru, namun ada kalanya kesilapan yang lalu itu begitu sukar untuk dilupakan begitu sahaja. Akibatnya bila ada sahaja pergaduhan, kisah-kisah lalu itu pasti akan diungkit semula.