September 08, 2011

Jeng Jeng Jeng!! Tanda Anda Tidak Serasi Dengannya














Dalam menjalin suatu hubungan, keserasian amat penting kerana anda dan dia akan hidup dalam tempoh yang panjang memudahan. Kalau yg masih dalam couple tu harap ke ara jalan yang baik. Bak kata orang, selagi nyawa dikandung badan. Disini Jen ingin kongsikan beberapa tips untuk panduan besama..adakah anda pasti pasangan anda kini serasi bersama...he he he....

Namun dalam menjalin hubungan juga, anda tentu pernah bertemu seseorang yang tidak serasi dengan anda. Apa kata semak tanda-tanda di bawah ini. Benarkah anda serasi bersamanya? Jawapan ada di dalam hati anda.

1. Mudah Berubah Hati
Melayan karenah wanita yang tidak serasi, sememangnya amat memeningkan kepala. Apatah lagi wanita yang sangat emosi dan tidak tahu membezakan antara pekerjaan, kawan-kawan, kerjaya dan sebagainya. Dalam hal ini, anda perlu prihatin tentang sikapnya setiap masa. Biasanya, bagi mereka yang cemburu, sifatnya mudah berubah-ubah. Mereka tidak berupaya untuk membezakan yang mana keutamaan dan kepentingan. Sikapnya juga tidak menentu, kejap merajuk, meragam dan sebagainya. Ia amat menguji kesabaran anda sebagai lelaki. Jika anda masih mahu meneruskan perhubungan, telanlah semuanya atau cuba ubah secara perlahan-lahan.

2. Terlalu Kuat Cemburu
Benarkah cemburu tandanya sayang? Atau cemburu ini sebenarnya jika tidak dikawal boleh membawa kepada kemusnahan perhubungan? Selalu benar orang berkata, kawallah pasangan dengan rasa cemburu kerana ia baik untuk perhubungan anda. Malah cemburu juga dikaitkan dengan wanita yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mempertahankan hubungan yang terjalin.

Namun tahukah anda, kalau cemburu berlebihan, ia boleh membawa masalah dalam perhubungan. Wajib ada rasa cemburu itu tetapi kalau sudah berlebihan, ke mana anda pergi, dia begitu mengawalnya, keadaan ini boleh membawa kepada masalah yang cukup besar. Bayangkan, semua pergerakan anda disekat. Dengan siapa anda keluar juga menjadi tanda-tanya kepadanya dan jika sikap ini berterusan, anda tentu sakit kepala dan sakit hati.

3. Berterusan Bergaduh
Pertengkaran adalah normal bagi setiap pasangan yang bercinta. Sedangkan mereka yang bergelar suami isteri pun akan bergaduh kerana tiada persefahaman, inikan pula baru berpasangan. Kalau asyik bergaduh lama kelamaan, perasaan bosan akan timbul. Cuba bayangkan, jika anda bergaduh dengannya kerana hal-hal kecil seperti tidak suka cara anda berpakaian, penampilan dan sebagainya. Bayangkan pula kalau anda sudah serumah selepas bergelar suami isteri, sudah tentu anda pening melayan kerenahnya yang terus-terusan mencari gaduh biar pun untuk perkara yang kecil pada pandangan anda tetapi sangat besar pada pandangannya.

4. Tidak Mahu Kawan-kawan Anda Bersama
Salah satu lagi ciri anda tidak serasi bersamanya ialah apabila dia tidak suka anda bertemu kawan-kawan dengan agak kerap. Malah kalau keluar bersamanya, dia tidak suka ada kawan-kawan lain dalam pertemuan itu. Sebenarnya sangat sukar untuk lelaki hidup tanpa kawan-kawan. Ini kerana sikap lelaki yang sememangnya suka berbincang tentang sukan bola sepak, hal-hal wanita lain dan sebagainya, kerana hal itu tidak boleh atau tidak sesuai dibincangkan dengan golongan wanita. Namun jika anda dilarang bersama kawan-kawan, itu satu masalah yang sangat berat dan mungkin sukar anda terima. Justeru itu, fikir-fikirkanlah sama ada hubungan anda itu sesuai atau pun tidak bersamanya.

5. Dia Cuba Mengubah Anda
Sesetengah lelaki mungkin boleh menerima hakikat ini. Namun mungkin sebahagian besarnya sukar menerima hal ini di mana hanya kerana seorang perempuan, mereka terpaksa mengubah keseluruhan hidup yang telah terbiasa dilakukan sedari kecil sehingga kini. Tahukah anda, apa yang cuba diubah. Biasanya mengenai penampilan, sikap, kewangan, menyekat kebebasan dan sebagainya, di mana dia cuba mengubah anda mengikut acuan hidupnya sendiri. Sebagai lelaki anda berhak ke atas hidup anda dan tiada siapa yang perlu mengubahnya. Seharusnya, dia menerima anda mengikut cara anda dan bukannya cuba mengubah anda mengikut caranya. Ikatan cinta adalah mencari titik persefahaman dan kebahagiaan, namun kalau anda berasa tertekan dengan sebuah perhubungan, anda harus mencari titik jawapannya.

6. Bersikap Materialistik
Selalu orang berkata tentang cinta. Malah terbinanya Tugu Taj Mahal juga adalah lambang cinta Raja Shah Jehan terhadap permaisurinya, Mumtaz. Namun berapa lama seseorang itu boleh hidup dengan cinta sahaja sedangkan keadaan dunia sekarang, semuanya memerlukan duit. Memang sukar membuat satu keputusan, namun jika pasangan terlalu bersikap materialistik sudah tentu anda yang tidak punya apa-apa pening kepala mencarinya. Sebaiknya setiap pasangan harus menerima pasangannya seadanya. Mungkin di satu pihak, ia terlihat sebagai kelemahan tetapi jika diperhalusi, ada kelebihan pada dirinya yang mungkin anda tidak nampak. Buat wanita, jangan terlalu mencari kebendaan kerana selagi anda terlalu mengejarnya, selagi itulah anda tidak akan menemui seseorang yang anda sukai dalam hidup.

Cinta Itu Indah... Yeahhhhhhhh