September 08, 2011

WoWo !! Jadi Lebih Sukses !












 


Kebanyakan daripada kamu mudah sedar apabila melakukan kesilapan dengan orang tetapi tanpa disedari, kamu juga sebenarnya banyak melakukan kesilapan pada diri kamu sendiri. Sebelum kamu membetulkan kesilapan orang lain, cubalah mengatasinya segera dengan membetulkan kesilapan pada diri kamu sendiri agar hidup kamu menjadi lebih sukses. Berikut adalah di antara kesilapan-kesilapannya.

1. Pentingkan orang lain daripada diri sendiri

Kamu terlalu mementingkan kemahuan keluarga, si dia dan teman-teman berbanding dengan keinginan kamu sendiri. Memang benar niat kamu itu baik, namun secara tidak langsung ia sebenarnya menyusahkan kamu juga. Sebaiknya cuba belajar untuk lebih tegar. Sesekali menolak permintaan orang lain tidaklah sehingga dimusuhi.

2. Terlalu memikirkan apa kata orang

Apa sahaja kata orang, semuanya kamu telan mentahmentah tanpa memikirkannya dengan lebih lanjut. Misalnya ada teman mengkritik cara kamu berbahasa Inggeris, jadi kamu menerimanya bulat-bulat. Akibatnya, kamu bukannya mahu belajar untuk memperbaiki diri sebaliknya tidak mahu langsung bercakap bahasa Inggeris semata-mata kerana malu dan merasakan apa yang dikatakan oleh teman kamu itu adalah betul sama sekali. Jangan membiarkan penilaian orang mengehadkan langkah kamu untuk terus ke hadapan.

3. Terlalu fokus ‘inner beauty’

Meskipun ramai yang mengatakan ‘inner beauty’ lebih penting daripada penampilan fizikal, namun itu tidak bererti kamu tidak perlu langsung mengambil berat tentang penampilan luaran kamu dengan tampil ‘asal boleh’ sahaja setiap hari. Percayalah orang mula menilai kamu melalui penampilan diri kamu, kemudian barulah yang tersirat dalam diri kamu. Tidak rugi kamu tampil sentiasa menarik kerana penampilan yang menarik dan rapi menunjukkan kamu seorang yang tahu menghargai diri.