Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan 27 November untuk mendengar merit permohonan tersebut.
Permohonan itu difailkan oleh 14 AJK Bersih 2.0 yang diketuai pengerusinya, Datuk S. Ambiga pada 8 Julai lalu dengan menamakan Menteri Dalam Negeri selaku responden pertama, diikuti Ketua Polis Negara & Kerajaan Malaysia.
Mereka antaranya memohon perintah certiorari bagi membatalkan perisytiharan perintah oleh Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai lalu yang mengisytiharkan gerakan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram dan memerintahkan pembatalannya berkuat kuasa serta-merta.
Mereka juga mahukan satu deklarasi bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tidak mempunyai kesan. - Utusan