October 15, 2011

Chong Wei cipta kejuaraan ke-10 berturut-turut






















KUALA LUMPUR 15 Okt — Pemain nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei menjuarai Kejohanan Badminton Sirkit Grand Prix Kebangsaan buat kali ke-10 berturut-turut di Stadium Juara Bukit Kiara di sini hari ini.
Perseorangan nombor satu dunia itu mengambil masa tidak sampai setengah jam untuk menundukkan pemain muda berusia 21 tahun Goh Soon Huat 21-11, 21-5.

"Saya telah capai sasaran saya kali ini dan berharap BAM (Persatuan Badminton Malaysia) faham dengan keputusan saya untuk tidak menyertai pertandingan ini pada tahun depan,” katanya yang membawa pulang wang tunai RM7,000 dan piala pusingan.
Pemain kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu kini menumpukan perhatian pada Kejohanan Terbuka Denmark yang bermula Selasa hingga 23 Okt depan.

"Saya dijangka bertemu dengan Chen Jin (pemain China) pada suku akhir di Denmark, dan yang penting adalah latihan. Saya pentingkan poin untuk layak ke Olimpik nanti,” katanya kepada media selepas perlawanan.