|
|
LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish dijangka meletakkan Steven Gerrard (gambar) di bangku simpanan ketika menentang Everton pada aksi Liga Perdana England malam ini.
Gerrard dilihat mahu membuktikan keupayaannya semula sebaik pulih daripada kecederaan pangkal paha yang memaksanya berehat sejak enam bulan lalu.
Namun, Dalglish tetap berasakan pemain tengah England itu masih belum bersedia untuk diturunkan di Goodison Park.
"Perlawanan tidak penting berbanding keadaan Gerrard. Jadi, saya tidak mahu terburu-buru menurunkannya," kata Dalglish. Kali terakhir Dalglish ke Goodison Park selaku pengurus Liverpool adalah pada Februari 1991.
Ketika itu, Liverpool dan Everton terikat dengan keputusan seri 4-4 pada pusingan kelima Piala FA.
Walaupun yakin mencatatkan kemenangan, Dalglish tetap menghormati rakan sejawatannya di Everton, David Moyes.
"Moyes seorang lelaki yang baik tetapi kami akan berentap Sabtu ini.
"Apapun, yang penting adalah keme- nangan. Jika kami dapat menjaringkan empat gol, selepas itu baru saya akan rasa gembira," katanya. - AFP