October 01, 2011

Man United Tekad Bangkit ?? Pasti ker??


CARRICK (belakang) lontar amaran kepada Norwich menjelang pertemuan malam ini.


MANCHESTER - Awas Norwich City, Manchester United akan kembali bangkit.
Itu amaran daripada tonggak berpengalaman United, Michael Carrick menjelang pertemuan menentang Norwich pada saingan Liga Perdana England di Old Trafford malam ini.

Selepas hanya mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Stoke City dan diikat 3-3 oleh FC Basel pada aksi Liga Juara-Juara (Rabu lalu), United pastinya mahu bangkit melakar kemenangan.

Bagi Carrick, dia yakin rakan-rakan sepasukannya akan kembali mempamerkan rentak sebenar ketika menentang The Canaries di hadapan penyokong sendiri.
"Keputusan seri sememangnya menyakitkan hati, terutamanya ketika kami selesa mendahului pihak lawan.

"Bagaimanapun, ia bukan alasan untuk sentiasa meng- ingati kejadian itu. Ia telah berlalu dan apa yang penting ialah perlawanan sele- pas ini.
"Bagi saya, ia hanyalah satu peringatan untuk kami kembali sedar apa yang patut dilakukan," kata Carrick.
Penyerang muda United, Danny Welbeck pula memberitahu, dia bersedia untuk diturunkan selepas membalas kepercayaan pengurus, Alex Ferguson dengan dua gol jaringannya ketika menentang Basel.

"Peluang datang dan pergi, justeru apabila diturunkan, saya sebagai pemain perlu membuat perkara yang sepatutnya.
"Saya harap saya akan beraksi selain berazam untuk menjaringkan gol," kata- nya.
Begitupun, Welbeck tidak perlu begitu risau apabila dijangka menyertai kesebelasan utama The Red Devils lantaran Wayne Rooney dan Javier Hernandez terpaksa diketepikan akibat kecederaan.

Benteng pertahanan United juga dilihat agak goyah apabila tiga pemain, Nemanja Vidic, Jonny Evans dan Chris Smalling juga dikhabarkan belum cergas sepenuhnya.: KOSMO :