KH menerima laporan melalui emel bahawa laman web kerajaan Negeri Sembilan masih mempunyai kebocoran , jika dalam perlawanan bola sepak kebocoran gawang dapat ditempis penjaga gol , namun jika penjaga gol seperti Sarbinie Alawi yang menjadi benteng terakhir , pasti kekecewaan yang menanti. Begitu juga laman web atau sistem di dunia IT ini. Jika pentadbir laman / admin gagal menempis serangan pastinya kekecewaan akan terus menerus menguasai diri sendiri serta pengguna sekitarnya.
Laman yang mempunyai kebocoran melalui component yang dipasang pada laman Joomlanya membolehkan pengunjung mengubah isi laman tersebut.
Screen Shot :
KH turut perhatikan jata negeri ditukar nama kepada "peteh ganu peteh" iaitu kata-kata semangat kpd pasukan Negeri Terengganu. KH tidak menolak kemungkinan kebocoran ini dikesan oleh peminat bola sepak Negeri Terengganu.
Akses ke laman tersebut boleh dilakukan di http://www.ns.gov.my/jabatan/jpbdns/index.php?option=com_admirorgallery&view=imagemanager&Itemid=91
KH harap semua pentadbir laman berusaha untuk menempis kebocoran laman anda. Berita gembira buat anda bahawa Ahlspiess telah mencipta 2 scanner khusus untuk laman jenis wordpress dan juga Joomla.
Dan diperhatikan laman Negeri Sembilan iaitu www.ns.gov.my kebanyakkanya menggunakan Joomla.
Jika sebelum ini laman FAM dan MSL menjadi mangsa godaman kesan daripada kenaikkan tiket , KH tidak menolak kemungkinan laman Negeri Sembilan akan diceroboh oleh peminat bola sepak siber Negeri Terengganu.
KH harap kejadian sedemikian tidak berlaku. Walaupun KH penyokong pasukan Terengganu , namun ianya tidak adil bagi pentadbir laman untuk menerima tempiasnya. Diharap juga semua pentadbir laman untuk memastikan sistem mereka tidak mempunyai kebocoran mudah. Terima Kasih. Syabas Negeri Sembilan , Cuba lagi Terengganu,
Sumber : http://www.kenahack.com