aku disini tegar menantimu
dengan segala rasa dan jiwa yang ku miliki
ianya takkan mengubah perasaanku
kepadamu yang ku cintai
dihati ini hanya engkau yang ku cintai
dijiwa ini hanya engkau yang ku miliki
disetiap rongga ingatanku hanya wajahmu yang ku kenangi
senyumanmu, gurauanmu, tutur bicaramu semuanya keindahan abadi
dan aku tak ingin melepaskan dirimu
ku mahu dampingimu
ku mahu mencintai kekuranganmu
ku mahu menyayangi kelebihanmu
dan selalu sedia untuk membahagiakanmu
apapun terjadi ku berjanji kepadamu
sentiasa ada untukmu
bersamamu melalui detik-detik hidup
sehinggalah penghujung waktu
dan kini cinta kita kian bersemi
kaulah jiwaku..kaulah hatiku
selamat ULANG TAHUN sayang
ikhlas dariku yang menyayangimu
doaku dan harapanku
moga kasih sayang kita sentiasa mekar
semoga kita bahagia selamanya
![]()
